Connect with us

Terkini

Bekalan minyak masak paket bersubsidi belum tahap krisis

Kerajaan menegaskan kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di negara ini belum sampai pada tahap krisis kerana hanya melibatkan kawasan-kawasan tertentu yang boleh diatasi segera.

Wartawan TMT

Published

on

Bekalan minyak masak paket bersubsidi belum tahap krisis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, diakui berlaku kawalan dalaman di kedai-kedai runcit memastikan lebih ramai pengguna dapat membeli bekalan bersubsidi itu.
  • “Setakat ini, tidak lagi sampai pada tahap krisis kerana sekiranya ada kes (tiada bekalan) di satu-satu tempat pada masa-masa tertentu, KPDN akan segera arahkan pegawai untuk ambil tindakan sewajarnya.
  • “Di kedai runcit mereka terpaksa buat kawalan dalaman. Kita tak boleh terus nak saman, nak tangkap. Kerana mereka akan buka satu kotak pagi, satu kotak tengah hari, satu kotak petang dan satu kotak malam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di negara ini belum sampai pada tahap krisis kerana hanya melibatkan kawasan-kawasan tertentu yang boleh diatasi segera.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, diakui berlaku kawalan dalaman di kedai-kedai runcit memastikan lebih ramai pengguna dapat membeli bekalan bersubsidi itu.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau isu bekalan minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan tidak berlaku krisis.

“Setakat ini, tidak lagi sampai pada tahap krisis kerana sekiranya ada kes (tiada bekalan) di satu-satu tempat pada masa-masa tertentu, KPDN akan segera arahkan pegawai untuk ambil tindakan sewajarnya.

“Di kedai runcit mereka terpaksa buat kawalan dalaman. Kita tak boleh terus nak saman, nak tangkap. Kerana mereka akan buka satu kotak pagi, satu kotak tengah hari, satu kotak petang dan satu kotak malam.

“Mereka berhujah jika dibuka empat kotak serentak, maka akan cepat habis dibeli,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu tahu apakah tindakan kepada peniaga yang menjual minyak masak paket bersubsidi kepada peniaga restoran dan apakah status bekalan itu di pasaran.

Salahuddin menjelaskan, isu kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi antara lain disebabkan kebanyakan peniaga luar bandar tidak mempunyai Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS).

“Jadi kerajaan akan mudah cara dan pegawai-pegawai akan adakan libat urus dengan peniaga supaya jangan disebabkan isu ECOSS mereka lambat mendapatkan bekalan. Kita juga akan pantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini hampir 2898 kes telah disiasat dan 13 kes telah dibuat pendakwaan membuktikan KPDN tidak lalai menjalankan penguatkuasaan.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending