Connect with us

Terkini

Wujudkan pangkalan data senarai harga barang mentah, makanan 

Malaysia perlu mewujudkan satu pangkalan data bagi meningkatkan penyebaran maklumat berkaitan senarai harga barangan mentah dan makanan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wujudkan pangkalan data senarai harga barang mentah, makanan 
Foto: Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
  • Usaha ini perlu bagi atasi masalah maklumat berbeza antara pihak pemegang taruh membabitkan kerajaan, jabatan berkaitan, peniaga serta pengguna sendiri. – Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai 
  • “Untuk jangka panjang, kerajaan perlu atasi masalah ini kerana apa yang berlaku sekarang, kerajaan kata harga sudah turun tapi pengguna pula hendak percaya maklumat mana sedangkan hari-hari mereka makan luar tengok harga sama setiap hari, malah ada yang semakin naik.”
  • “Namun ini bukan penyelesaian jangka pendek. Kita khuatir kalau kesannya lambat dan tidak nyata, pengguna akan jadi tidak sabar dan lihat kerajaan tidak proaktif serta tidak berjaya dalam selesaikan masalah ini.”

Kuala Lumpur: Malaysia perlu mewujudkan satu pangkalan data bagi meningkatkan tahap penyebaran maklumat berkaitan senarai harga barangan mentah dan makanan di pasaran bagi membantu pengguna membuat pembelian bijak dan lebih berpatutan.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, usaha ini perlu bagi mengatasi masalah maklumat berbeza antara pihak pemegang taruh membabitkan kerajaan, jabatan berkaitan, peniaga serta pengguna sendiri.

“Untuk jangka panjang, kerajaan perlu atasi masalah ini kerana macam apa yang berlaku sekarang, kerajaan kata harga sudah turun tetapi pengguna pula hendak percaya maklumat mana sedangkan hari-hari mereka makan luar tengok harga sama setiap hari, malah ada yang semakin naik.

“Memang sebenarnya harga sepatutnya turun tetapi isu ini timbul apabila ada masalah ketidakcekapan maklumat jadi perlu wujudkan pangkalan data. Ini kerana kerajaan kutip 28 juta item barangan untuk menentukan kadar inflasi tetapi itu mungkin data umum kita mahukan data mikro contohnya laman web khusus yang membolehkan pengguna memilih harga terbaik dengan membuat perbandingan senarai harga barangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengenai tindakan perlu dilakukan pengguna serta langkah kerajaan bagi menangani kos sara hidup serta masalah kenaikan harga barang yang hangat diperkatakan masa ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, strategi yang belum diperincikan Rafizi itu hanya bersifat jangka panjang dan bukan memberi kesan segera pada kemelut yang melanda negara pada masa ini.

“Apa yang beliau cakap itu antaranya merangka strategi serta berkongsi maklumat luas untuk membolehkan peniaga dan pengguna sama-sama menerima maklumat mengenai harga saya fikir itu satu cadangan baik.

“Namun ini bukan penyelesaian jangka pendek. Kita khuatir kalau kesannya lambat dan tidak nyata, pengguna akan menjadi tidak sabar dan melihat kerajaan tidak proaktif dan tidak berjaya dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Katanya, pengguna perlu bertindak secara rasional bagi mengurangkan permintaan sekali gus memecahkan monopoli harga barangan makanan tinggi di pasaran.

“Saya bersetuju saranan beliau, memang pengguna perlu lebih rasional bagi melemahkan situasi semasa supaya memaksa peniaga mengikut keadaan pasaran dengan menurunkan harga. Tetapi pengguna perlu bertindak secara kumpulan dan terancang misalnya menggunakan manfaat WhatsApp dan media sosial untuk selaraskan agenda ini.

“Contohnya, kalau ada maklumat kedai, restoran atau tempat mana yang jual murah, boleh kongsikan dalam platform itu supaya menukar tabiat kebiasaan pengguna membeli di tempat mahal kepada tempat menawarkan kualiti bagus dengan harga lebih berpatutan,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media hari ini, Rafizi memaklumkan kerajaan sedang merangka strategi yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi mengatasi isu kos sara hidup serta menggalakkan pengguna memainkan peranan dalam membeli barangan lebih murah berbanding mahal.

Sumber: Harian Metro

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *