Connect with us

Antarabangsa

Media China remehkan ancaman COVID-19

Media negara di China meremehkan ancaman jangkitan COVID-19 ketika saintisnya memberi taklimat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menuntut maklumat terperinci lagi terkini mengenai evolusi virus itu.

Wartawan TMT

Published

on

Media China remehkan ancaman COVID-19
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media negara China meremehkan ancaman jangkitan COVID-19 ketika saintisnya beri taklimat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menuntut maklumat terperinci lagi terkini mengenai evolusi virus itu.
  • Badan global itu menjemput saintis membentangkan data penjujukan virus pada mesyuarat kumpulan penasihat teknikal dan minta China berkongsi data mengenai kemasukan ke hospital, kematian dan vaksinasi.
  • Kementerian Luar China juga menyifatkan sekatan kemasukan perjalanan yang dikenakan oleh beberapa negara sebagai tidak munasabah dan tiada asas saintifik.

BEIJING: Media negara di China meremehkan ancaman jangkitan COVID-19 ketika saintisnya memberi taklimat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menuntut maklumat terperinci lagi terkini mengenai evolusi virus itu.

Semalam, badan global itu menjemput saintis untuk membentangkan data terperinci mengenai penjujukan virus pada mesyuarat kumpulan penasihat teknikal dan meminta China untuk berkongsi data mengenai kemasukan ke hospital, kematian dan vaksinasi.

Jurucakap WHO menyatakan perjumpaan dan perbincangan terperinci akan diadakan hari ini mengenai varian yang menular di China dan secara global.

China sebelum ini membuat pusingan-U secara tiba-tiba terhadap kawalan COVID pada 7 Disember, sehingga ketepatan data kes dan kematiannya mendapat perhatian dalam serta luar negara

Pada masa sama, Kementerian Luar China melabelkan sekatan kemasukan perjalanan yang dikenakan oleh beberapa negara disifatkan tidak munasabah dan tiada asas saintifik.

Bagaimanapun dua saintis terkemuka dan ahli jawatankuasa WHO berkata, sebelum mesyuarat berlangsung, mereka akan mencari ‘gambaran yang lebih realistik’ mengenai keadaan di China.

Namun, beberapa pakar tetap meragui ketelusan Beijing berhubung data negaranya.

Sebelum ini, penduduk China menentang dasar sifar-COVID hingga memberi kesan pertumbuhan ekonomi, sekali gus memaksa Presiden, Xi Jinping melonggarkan dasar itu.

Ketika virus merebak tanpa kawalan, rumah pengebumian dilaporkan menerima permintaan tinggi untuk perkhidmatan mereka dan pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya satu juta kematian di China tahun ini.

Isnin lalu, China melaporkan tiga kematian baharu menjadikan jumlah kematian rasmi sejak wabak itu bermula kepada 5,253 kes.

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Kristalina Georgieva, menyifatkan ekonomi China akan terjejas dan turut mengheret pertumbuhan global lebih rendah.

“China sedang memasuki minggu paling berbahaya dalam pandemik,” menurut amaran penganalisis Capital Economics. 

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending