Antarabangsa
Mayat aktivis LGBT dijumpai dalam kotak besi
Polis Kenya sedang menyiasat kematian seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah kotak besi.

- Polis Kenya sedang menyiasat kematian seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah kotak besi.
- Mayat Edwin Chiloba ditemui pada Rabu lalu di jalan raya di Daerah Uasin Gishu, di barat negara itu.
- “Kami tidak tahu buat masa ini mengapa mangsa dibunuh dengan cara berkenaan. Pakar sedang mengendalikan perkara itu,” – Jurucakap polis, Resila Onyango
- Chiloba ialah seorang aktivis LGBT yang terkenal dan pernah diserang kerana aktivismenya.
- Golongan LGBT yang tinggal di Kenya sering mengecam diskriminasi dan serangan di negara itu, di mana hubungan seks antara lelaki adalah tidak dibenarkan.
NAIROBI: Polis Kenya sedang menyiasat kematian seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah kotak besi.
Mayat Edwin Chiloba ditemui pada Rabu lalu di jalan raya di Daerah Uasin Gishu, di barat negara itu.
Polis berkata, seorang pengendali teksi motosikal melaporkan melihat kotak itu dibuang oleh kenderaan tanpa nombor pendaftaran.
Penunggang itu kemudian melaporkan kejadian itu kepada anggota polis yang mengawal sekatan jalan raya berhampiran.
Pegawai yang membuka kotak berkenaan menemui mayat seorang lelaki yang sudah reput, yang disifatkan mereka memakai pakaian wanita.
Mangsa dikenali sebagai Chiloba dan mayatnya dibawa ke Hospital Pengajaran dan Rujukan Moi untuk mengenal pasti punca kematian.
Jurucakap polis, Resila Onyango berkata, motif kejadian itu masih belum diketahui.
“Kami tidak tahu buat masa ini mengapa mangsa dibunuh dengan cara berkenaan. Pakar sedang mengendalikan perkara itu,” katanya.
Chiloba ialah seorang aktivis LGBT yang terkenal dan pernah diserang kerana aktivismenya.
Golongan LGBT yang tinggal di Kenya sering mengecam diskriminasi dan serangan di negara itu, di mana hubungan seks antara lelaki adalah tidak dibenarkan.
Kenya sebahagian besarnya terdiri masyarakat konservatif dan presiden pada masa lalu berkata bahawa hak gay bukan isu di negara Afrika timur itu. – AP
Sumber: Berita Harian
