Terkini
Mahkamah tolak representasi pemilik Crackhouse untuk gugur tiga pertuduhan
AGC menolak representasi yang dikemukakan pemilik kelab komedi kontroversi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel..

- Jabatan Peguam Negara (AGC) tolak representasi dikemukakan pemilik kelab komedi kontroversi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel untuk menggugurkan tiga pertuduhan yang dihadapi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
- Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman semasa sebutan kes bagi status representasi difailkan pada 12 Disember tahun lalu di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
- Mendengar keputusan itu, peguam bela Pravin Mahentharan memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan membuat representasi kedua.
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan pemilik kelab komedi kontroversi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel untuk menggugurkan tiga pertuduhan yang dihadapi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman semasa sebutan kes bagi status representasi yang telah difailkan pada 12 Disember tahun lalu di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
“Saya ingin maklumkan AGC telah menolak representasi tersebut,” kata Noor Haslinda.
Mendengar keputusan itu, peguam bela Pravin Mahentharan memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan membuat representasi kedua.
“Pihak kami akan membuat representasi kedua sebelum tarikh perbicaraan,” kata peguam itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 April ini bagi sebutan semula kes dan keputusan untuk representasi kedua.
Semasa prosiding, Hakim Hasniah turut menetapkan tujuh hari bagi perbicaraan kes. Ia bermula pada 14 April, 2,3,22, 31 Mei serta 1 dan 2 Jun.
Mengikut tiga pertuduhan itu, Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pukul 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.
Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini, Mohamad Rizal dan rakannya Shankar R.Santhiram turut memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membatalkan lesen perniagaan kelab itu dan tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di ibu kota buat selama-lamanya.
Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 November tahun lalu.
Mereka menamakan DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.
Kedua-dua pemohon memohon deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur itu untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut bertentangan dengan undang-undang.
Pemohon juga memohon deklarasi keputusan oleh Jalaluddin dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya walaupun di bawah nama dan syarikat lain, adalah tidak berperlembagaan.
Pada 17 Ogos tahun lalu, media melaporkan pemilik Crackhouse Comedy Club telah disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di ibu kota. – KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam