Antarabangsa
Islamofobia: Paludan sabotaj NATO
‘Tindakan ahli politik berhaluan kanan Sweden membakar al-Quran mungkin telah mensabotaj perpaduan dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)’.

- Tindakan ahli politik berhaluan kanan Sweden membakar al-Quran mungkin mensabotaj perpaduan dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
- “Membakar kitab suci itu secara terang-terangan tidak menghormati orang Islam. Tindakan tersebut sangat melampaui batas,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.
- “Beliau mungkin ‘merancang’ untuk mengganggu proses perbincangan tentang penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan tentera itu,” kata Price.
- Pada tahun lalu, Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO, namun hanya Turkiye dan Hungary masih belum memberi lampu hijau.
WASHINGTON – ‘Tindakan ahli politik berhaluan kanan Sweden membakar al-Quran mungkin telah mensabotaj perpaduan dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)’.
Kenyataan itu dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin yang turut mengutuk perbuatan Rasmus Paludan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm pada akhir minggu lalu.
“Membakar kitab suci itu secara terang-terangan tidak menghormati orang Islam. Tindakan tersebut sangat melampaui batas,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.
“Beliau mungkin ‘merancang’ untuk mengganggu proses perbincangan tentang penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan tentera itu,” ujarnya lagi.
Pada tahun lalu, Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO, namun hanya Turkiye dan Hungary masih belum memberi lampu hijau.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan turut membidas Stockholm dan menegaskan ia tidak sesekali akan menyokong hasrat negara itu. – Agensi
Sumber: Sinar Harian
Antarabangsa
Pakistan: Pengebom masjid di Peshawar menyamar dengan seragam polis
Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.

ISLAMABAD – Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.
Ketua Polis Wilayah Khyber Pashtunkhwa, Moazzam Jah Ansari berkata penyerang juga melanggar undang-undang keselamatan dengan memakai pakaian seragam polis.
Serangan yang berlaku pada Isnin lalu di kawasan berkubu dipanggil Police Lines itu mengorbankan lebih 100 mangsa, di mana tiga daripadanya adalah anggota polis.
Moazzam Jah Ansari memberitahu pemberita bahawa pengebom itu adalah sebahagian daripada “rangkaian” yang tidak dijelaskan dan memandu motosikal ke kawasan terbabit.
Sumber: Reuters
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam