Terkini
Henti langgar hak asasi manusia, laksana reformasi – HRW
Human Rights Watch (HRW) menggesa kerajaan untuk menghentikan pelanggaran hak asasi manusia dan melaksanakan reformasi dalam pelbagai sektor.
- Sarankan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim “beri komitmen untuk mansuh hukuman mati, tarik balik sekatan ke atas hak kebebasan bersuara, dan hentikan penganiayaan pada pelarian dan golongan LGBT”. – Timbalan pengarah bahagian Asianya, Phil Robertson
- 185,000 orang pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Malaysia tidak beri mereka status sah atau kebenaran bekerja.
- Menurut laporan itu, bawah pentadbiran bekas PM Ismail Sabri Yaakob, pihak berkuasa secara agresif banteras kebebasan bersuara dan protes aman, dan menggiatkan diskriminasi dan gangguan terhadap pelarian, pendatang, dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
- “Kerajaan Ismail guna pelbagai “undang-undang yang meluas dan tidak dinyatakan dengan jelas” untuk kenakan dakwaan atas ucapan bersifat kritis, termasuk bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.”
- HRW turut tekankan pembinaan loji hidroelektrik pihak berkuasa negara dan negeri di atas tanah adat dan bagaimana timbulkan ancaman pada komuniti Orang Asli tempatan.
PETALING JAYA: Human Rights Watch (HRW) menggesa kerajaan untuk menghentikan pelanggaran hak asasi manusia dan melaksanakan reformasi dalam pelbagai sektor.
Berucap pada pelancaran Laporan Dunia 2023 HRW, timbalan pengarah bahagian Asianya, Phil Robertson, mengesyorkan agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim “memberikan komitmen untuk memansuhkan hukuman mati, menarik balik sekatan ke atas hak kebebasan bersuara, dan menghentikan penganiayaan terhadap pelarian dan golongan LGBT” .
Laporan itu menyatakan bahawa walaupun 185,000 orang pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)Timbalan pengarah bahagian Asianya, Phil Robertson, Malaysia tidak memberikan mereka status sah atau kebenaran untuk bekerja.
Selain menafikan akses UNHCR kepada pusat tahanan imigresen sejak Ogos 2019, HRW berkata, Jabatan Imigresen menghantar pulang lebih 2,000 warga Myanmar dari April hingga Oktober tahun lepas.
Ini termasuk aktivis politik dan mereka yang lari daripada angkatan tentera, yang dihantar pulang tanpa terlebih dahulu dinilai tuntutan suaka atau keperluan perlindungan mereka, kata HRW.
Menurut laporan itu, bawah pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, pihak berkuasa secara agresif membanteras kebebasan bersuara dan protes aman, dan menggiatkan diskriminasi dan gangguan terhadap pelarian, pendatang, dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Katanya, kerajaan Ismail juga menggunakan pelbagai “undang-undang yang meluas dan tidak dinyatakan dengan jelas” untuk mengenakan dakwaan atas ucapan yang bersifat kritis, termasuk bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Laporan itu memetik penahanan pereka grafik Fahmi Reza disebabkan satira politiknya, terutamanya berhubung kartun yang menggambarkan monyet berpakaian serupa dengan yang dipakai oleh kerabat diraja Malaysia.
Tambahnya, polis turut menyasarkan peserta protes aman.
“Sebagai contoh, pada Januari, puluhan orang yang terlibat dalam siri protes menggesa agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki telah dipanggil untuk disoal siasat,” katanya.
HRW turut menekankan pembinaan loji hidroelektrik pihak berkuasa negara dan negeri di atas tanah adat dan bagaimana ini menimbulkan ancaman kepada komuniti Orang Asli tempatan.
Bukan sahaja mata pencarian mereka, akses kepada air bersih dan makanan terjejas oleh projek-projek ini, katanya, malah komuniti yang terjejas juga tidak menerima pampasan yang mencukupi.
Sumber: Free Malaysia Today