Connect with us

Antarabangsa

Hampir 60, 000 kematian akibat Covid dilaporkan dalam tempoh sebulan di China

Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan hampir 60,000 kematian berkaitan Covid dilapor dalam masa lebih sebulan, iaitu jumlah kematian terbesar pertama dikeluarkan negara itu sejak sekatan virus dilonggarkan pada awal Disember lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hampir 60, 000 kematian akibat Covid dilaporkan dalam tempoh sebulan di China
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Ketua Biro Pentadbiran Perubatan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui pada Sabtu lalu berkata, China merekodkan 59,938 kematian berkaitan Covid antara 8 Disember 2022  hingga 12 Januari tahun ini.
  • Angka itu hanya merujuk kepada kematian direkodkan di fasiliti perubatan di mana jumlah keseluruhan kematian mungkin jauh lebih tinggi.
  • Beijing sebelum ini menyemak semula metodologinya untuk mengkategorikan kematian Covid mengatakan hanya mereka meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan sahaja akan dikategorikan mati disebabkan jangkitan virus itu.

 

Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan hampir 60,000 kematian berkaitan Covid dilapor dalam masa lebih sebulan, iaitu jumlah kematian terbesar pertama dikeluarkan negara itu sejak sekatan virus dilonggarkan pada awal Disember lalu.

Ketua Biro Pentadbiran Perubatan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui pada Sabtu lalu berkata, China merekodkan 59,938 kematian berkaitan Covid antara 8 Disember 2022 hingga 12 Januari tahun ini.

Angka itu hanya merujuk kepada kematian direkodkan di fasiliti perubatan di mana jumlah keseluruhan kematian mungkin jauh lebih tinggi.

Katanya, jumlah itu termasuk 5,503 kematian disebabkan kegagalan pernafasan akibat jangkitan virus itu, manakala 54,435 kematian disebabkan golongan berpenyakit, namun dijangkiti Covid-19.

Negara yang didakwa penyebab penularan wabak Covid-19 itu berdepan kritikan kerana tidak melaporkan jumlah sebenar kematian akibat virus itu sejak meninggalkan dasar sifar-Covid pada awal Disember.

Beijing sebelum ini menyemak semula metodologinya untuk mengkategorikan kematian Covid mengatakan hanya mereka meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan sahaja akan dikategorikan mati disebabkan jangkitan virus itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kritikan  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyifatkan definisi baru itu “terlalu sempit.”

 

Sumber : TRT World

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *