Connect with us

Terkini

BERJASA sokong teks BM jadi versi muktamad Perlembagaan Persekutuan

BERJASA menyokong penuh cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun supaya edisi Perlembagaan Persekutuan diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

BERJASA sokong teks BM jadi versi muktamad Perlembagaan Persekutuan
Foto: Ir Muhammad Lukman Al Hakim Mohammad.
  • Pendirian itu disuarakan atas dasar tidak mahu bahasa ibunda sekadar jadi simbol atau lambang, sebaliknya mesti diamal dan dikuasai segenap lapisan masyarakat. – Naib Presiden BERJASA, Ir Muhammad Lukman Al Hakim Mohammad.
  • “Sebagai sebuah negara telah merdeka lebih 60 tahun, mengapa kita masih lagi dipengaruhi oleh penjajah British dari segi sistem politik, budaya dan bahasa?
  • “Apatah lagi dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri termaktub Perkara 160B nyatakan bahawa sekiranya terdapat percanggahan atau perselisihan antara teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, maka teks Bahasa Kebangsaan sepatutnya atasi teks Bahasa Inggeris.
  • “Mungkin ramai tidak maklum, teks sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan telahpun wujud dan dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong semenjak 2003 lagi,” katanya.

 

BANGI, 19 Jamadilakhir 1444H, Khamis – BERJASA menyokong penuh cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun supaya edisi Perlembagaan Persekutuan diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Pendirian itu disuarakan atas dasar tidak mahu bahasa ibunda sekadar menjadi simbol atau lambang, sebaliknya mesti diamal dan dikuasai segenap lapisan masyarakat, kata Naib Presiden BERJASA, Ir Muhammad Lukman Al Hakim Mohammad.

“Sebagai sebuah negara yang telah merdeka lebih 60 tahun, mengapa kita masih lagi dipengaruhi oleh penjajah British dari segi sistem politik, budaya dan bahasa?

“Apatah lagi dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri termaktub Perkara 160B yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat percanggahan atau perselisihan antara teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, maka teks Bahasa Kebangsaan sepatutnya mengatasi teks Bahasa Inggeris,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu menjadi teks rasmi selaras Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

Idrus berkata, pihaknya juga bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah yang terkini mengikut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Muhammad Lukman berkata, mungkin ramai yang tidak maklum, teks sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan telahpun wujud dan dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong semenjak 2003 lagi.

Justeru, beliau menggesa semua perbicaraan dan komunikasi dalam semua jenis dan tahap mahkamah juga menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium rasmi.

 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *