Terkini
Siti Zailah, Shahidan gesa projek tebatan banjir di Kelantan, dipercepatkan
RANTAU PANJANG – Projek tebatan banjir di Kelantan digesa dipercepatkan segera bagi menangani bencana banjir di sini.
- “Kita mengharapkan projek-projek yang sepatutnya jangan lagi ditangguh atau ada apa-apa isu birokrasi atau handky-panky jangan lagi kerana kita ingin ia disegerakan
- “Bayangkan apa yang berlaku banjir hari ini macam tuan rumah ini dua hari dua malam di atas bumbung dan air naik sehingga paras atas bumbung. Itu kita tengok dari luar namun dari dalam barang sudah tentu kebanyakannya juga rosak.” – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof
- “Macam Pasir Puteh dan Rantau Panjang ini boleh kata ia tahunan lah setahun dua kali adakala tiga kali. Jadi suruhanjaya tidak perlu mempolitikkan tabatan banjir dan buatlah apa yang patut.” – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim
RANTAU PANJANG – Projek tebatan banjir di Kelantan digesa dipercepatkan segera bagi menangani bencana banjir di sini.
Gesaan itu dibuat dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui dalam misi pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang, pada Jumaat.
“Kita mengharapkan projek-projek yang sepatutnya jangan lagi ditangguh atau ada apa-apa isu birokrasi atau handky-panky jangan lagi kerana kita ingin ia disegerakan
“Bayangkan apa yang berlaku banjir hari ini macam tuan rumah ini dua hari dua malam di atas bumbung dan air naik sehingga paras atas bumbung. Itu kita tengok dari luar namun dari dalam barang sudah tentu kebanyakannya juga rosak.
“Buku sekolah, barang dapur, peralatan rumah memang rosak itu baru kita tengok satu rumah bayangkan kita tengok ratusan rumah lagi berdepan suasana begini betapa banyak kehilangan harta rakyat alami akibat daripada banjir dan ia bukan sekali sekala .
“Macam Dato Seri (Shahidan Kassim) sebut ada dua kali setahun ada empat kali setahun banjir melanda itulah realiti. Jadi sebagai ahli parlimen di sini saya mengharapkan projek tebatan banjir terutama fasa dua jangan lagi ditangguh-tangguhkan,” kata beliau.
Menurutnya, projek itu perlu disegerakan kerana ia menjadi penyebab utama limpahan air dari Sungai Golok, Sungai Jenob dan Sungai Lemal yang kemudiannya terus masuk ke kawasan penduduk hingga menyebabkan banjir yang tidak lagi dapat dikawal.
Katanya, situasi itu menjadi lebih teruk apabila ia turut melibatkan angin monsun.
Seiring itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, turut menggesa projek itu dilaksanakan segera berikutan kajian berkenaannya telah dibuat.
“Paling teruk bencana banjir masa saya kendalikan pada tahun 2014 di mana melibatkan seluruh negara iaitu 50 ribu mangsa banjir di antara jumlah mangsa terbesar cuma di Kelantan dan tempat-tempat lain mereka beritahu saya banjir berlaku di tempat yang tidak berlaku banjir.
“Macam Pasir Puteh dan Rantau Panjang ini boleh kata ia tahunan lah setahun dua kali adakala tiga kali. Jadi suruhanjaya tidak perlu mempolitikkan tabatan banjir dan buatlah apa yang patut.
“Kalau buat cara rundingan terus pun bagus, nak buat apa pun buat asalkan ia dipercepatkan. Bagi saya yang terpenting ia harus dipercepatkan,” kata beliau ketika ditemui sedang membuat tinjaun situasi banjir di sekitar Kampung Serongga dan Teresek di Pasir Mas, Kelantan.
Beliau bersama Siti Zailah serta beberapa NGO lain iaitu Perpaduan Ummah, Yayasan Al-Manjie, serta Sedulur telah melawat dan mengagihkan sumbangan kepada beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Antara, PPS yang sempat dikunjungi adalah Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang yang menempatkan sekitar 140 keluarga dari Kampung Serongga, PPS di Wat Uttamaran yang menempatkan penduduk Siam Malaysia dan PPS lain.
Pada 6 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan, mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.
Beliau dipetik berkata, kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Terbaharu, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau memberi jaminan projek tebatan banjir bagi Fasa 1 dan 2 di Kelantan akan dipercepatkan namun tidak akan dibuat secara rundingan biasa atau rundingan terus sebaliknya ia dibuat secara rundingan terhad. – The Merdeka Times