Connect with us

Terkini

Siti Zailah, Shahidan gesa projek tebatan banjir di Kelantan, dipercepatkan

RANTAU PANJANG – Projek tebatan banjir di Kelantan digesa dipercepatkan segera bagi menangani bencana banjir di sini.

Hidayah Sani

Published

on

Siti Zailah, Shahidan gesa projek tebatan banjir di Kelantan, dipercepatkan
Foto : Siti Zailah Mohd Yusof, Datuk Seri Shahidan Kassim dan beberapa NGO lain sedang meninjau rumah mangsa banjir di Kampung Serongga dan Teresek
  • “Kita mengharapkan projek-projek yang sepatutnya jangan lagi ditangguh atau ada apa-apa isu birokrasi atau handky-panky jangan lagi kerana kita ingin ia disegerakan
  • “Bayangkan apa yang berlaku banjir hari ini macam tuan rumah ini dua hari dua malam di atas bumbung dan air naik sehingga paras atas bumbung.  Itu kita tengok dari luar namun dari dalam barang sudah tentu kebanyakannya juga rosak.” – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof
  • “Macam Pasir Puteh dan Rantau Panjang ini boleh kata ia tahunan lah setahun dua kali adakala tiga kali. Jadi suruhanjaya tidak perlu mempolitikkan tabatan banjir dan buatlah apa yang patut.” – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

RANTAU PANJANG – Projek tebatan banjir di Kelantan digesa dipercepatkan segera bagi menangani bencana banjir di sini.

Gesaan itu dibuat dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui dalam misi pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang, pada Jumaat.

“Kita mengharapkan projek-projek yang sepatutnya jangan lagi ditangguh atau ada apa-apa isu birokrasi atau handky-panky jangan lagi kerana kita ingin ia disegerakan

“Bayangkan apa yang berlaku banjir hari ini macam tuan rumah ini dua hari dua malam di atas bumbung dan air naik sehingga paras atas bumbung.  Itu kita tengok dari luar namun dari dalam barang sudah tentu kebanyakannya juga rosak. 

“Buku sekolah, barang dapur, peralatan rumah memang rosak itu baru kita tengok satu rumah bayangkan kita tengok ratusan rumah lagi berdepan suasana begini betapa banyak kehilangan harta rakyat alami akibat daripada banjir dan ia bukan sekali sekala .

“Macam Dato Seri (Shahidan Kassim) sebut ada dua kali setahun ada empat kali setahun banjir melanda itulah realiti. Jadi sebagai ahli parlimen di sini saya mengharapkan projek tebatan banjir terutama fasa dua jangan lagi ditangguh-tangguhkan,” kata beliau.

Menurutnya, projek itu perlu disegerakan kerana ia menjadi penyebab utama limpahan air dari Sungai Golok, Sungai Jenob dan Sungai Lemal yang kemudiannya terus masuk ke kawasan penduduk hingga menyebabkan banjir yang tidak lagi dapat dikawal.

Katanya, situasi itu menjadi lebih teruk apabila ia turut melibatkan angin monsun.

Seiring itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, turut menggesa projek itu dilaksanakan segera berikutan kajian berkenaannya telah dibuat.

“Paling teruk bencana banjir masa saya kendalikan pada tahun 2014 di mana melibatkan seluruh negara iaitu 50 ribu mangsa banjir di antara jumlah mangsa terbesar cuma di Kelantan dan tempat-tempat lain mereka beritahu saya banjir berlaku di tempat yang tidak berlaku banjir.

“Macam Pasir Puteh dan Rantau Panjang ini boleh kata ia tahunan lah setahun dua kali adakala tiga kali. Jadi suruhanjaya tidak perlu mempolitikkan tabatan banjir dan buatlah apa yang patut.

“Kalau buat cara rundingan terus  pun bagus, nak buat apa pun buat asalkan ia dipercepatkan. Bagi saya yang terpenting ia harus dipercepatkan,” kata beliau ketika ditemui sedang membuat tinjaun situasi banjir di sekitar Kampung Serongga dan Teresek di Pasir Mas, Kelantan.

Beliau bersama Siti Zailah serta beberapa NGO lain iaitu Perpaduan Ummah, Yayasan Al-Manjie, serta Sedulur telah melawat dan mengagihkan sumbangan kepada beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Antara, PPS yang sempat dikunjungi adalah Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang yang menempatkan sekitar 140 keluarga dari Kampung Serongga, PPS di Wat Uttamaran yang menempatkan penduduk Siam Malaysia dan PPS lain.

Foto: Pemberian sumbangan kepada penduduk Siam Malaysia di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Wat Uttamaran.

Pada 6 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan, mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.

Beliau dipetik berkata, kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

Terbaharu, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau memberi jaminan projek tebatan banjir bagi Fasa 1 dan 2 di Kelantan akan dipercepatkan namun tidak akan dibuat secara rundingan biasa atau rundingan terus sebaliknya ia dibuat secara rundingan terhad. – The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending