Connect with us

Terkini

PrEP: KKM tidak boleh dalam dunia mereka sendiri sahaja

“KKM, mereka tidak boleh dalam dunia mereka sahaja,” tegas Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri dalam isu pemberian PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PrEP: KKM tidak boleh dalam dunia mereka sendiri sahaja
Foto: Profesor Dr Irwan Mohd Subri.
  • Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri berkata KKM tidak boleh dalam dunia mereka sendiri dalam isu pemberian ubat PrEP.
  • Katanya, kalau PrEP diberi kepada pasangan yang sah, suami menghidap HIV, jadi kita boleh selamatkan isteri tapi kalau bukan suami isteri, pasangan homoseksual ia menjadi isu.
  • Tegasnya, dalam konteks kerangka Malaysia, kita bersendikan tiga perkara utama iaitu rujuk Alquran dan hadis Rasulullah S.A.W. Kedua, Perlembagaan Persekutuan dan ketiga kuasa Negeri di mana Sultan yang menjadi Raja ataupun Sultan yang memerintah Negeri tersebut mempunyai kuasa kepada hal ehwal Islam.
  • “Jadi bila timbul isu PrEP, doktor Muslim tanya, pesakit Muslim tanya, sahabat-sahabat komuniti, mak nyah, gay, tanya. Jadi, siapa nak menjawab? Sebab itu, KKM, mereka tidak boleh dalam dunia mereka sahaja,” ujarnya.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – “KKM, mereka tidak boleh dalam dunia mereka sahaja,” tegas Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri dalam isu pemberian PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis).

Ujarnya, kalau dibentangkan dalam Jawatankuasa Fatwa sekalipun, kalaulah PrEP itu diberikan kepada pasangan yang sah, suami isteri, suami menghidap HIV contohnya, so kita nak selamatkan isteri. Jadi kita kata, itu mungkin tidak ada masalah. Tetapi bila nak dipanjangkan kepada golongan–golongan yang kita kata pasangan yang bukan suami isteri, pasangan yang homoseksual dan sebagainya, ini menimbulkan sedikit isu.

“Kalau kita katakan, ‘Eh, kita nak based on science sahaja, orang Syariah, orang Feqah, orang fatwa, hampa duduk diam. Bukan hampa yang nak deal dengan perkara-perkara tersebut’.”

Dr Irwan menegaskan, kita kena faham, dalam konteks kerangka Malaysia, kita bersendikan tiga perkara utama.

“Yang pertama, kita orang Islam, yang pertama adalah dalil ataupun nas syarak yang kita rujuk dalam Al-Quran dan juga hadis Rasulullah S.A.W. Itu yang utama. Yang kedua, Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual 9 mengatakan bahawa kuasa Islam ialah Negeri.”

“Jadi, apa kaitan ni? Isu PrEP ni, saya difahamkan telah pun menimbulkan sedikit kegusaran di kalangan doktor-doktor Muslim. Mereka bertanyakan hukum, boleh tak boleh. Jadi hukum ni, siapa nak jawab? Itu sendi yang ketiga kita jangan lupa, iaitu, kuasa Negeri di mana Sultan yang menjadi Raja ataupun Sultan yang memerintah Negeri tersebut mempunyai kuasa kepada hal ehwal Islam. Jadi kegusaran hukum-hakam itu perlu dijawab oleh pihak berkuasa agama.”

Jelas beliau, orang yang akan menjawab hukum-hakam syarak ini adalah mufti, yang mana dalam enakmen pentadbiran agama Islam Negeri-Negeri memperuntukkan seksyen dan klausa bahawa mufti adalah orang kedua selepas Sultan yang akan menjawab segala persoalan hukum-hakam syarak.

“Jadi bila timbul isu PrEP, doktor Muslim tanya, pesakit Muslim tanya, sahabat-sahabat komuniti, mak nyah, gay, tanya. Jadi, siapa nak menjawab? Sebab itu, KKM, mereka tidak boleh dalam dunia mereka sahaja.”

“Tapi kita faham, sebelum ini pun KKM bawa isu-isu kalau melibatkan hukum kepada Jawatankuasa Fatwa dan sebagainya,” kata beliau lagi dalam program Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.

Sumber: Samudera

 

Author