Connect with us

Terkini

Perbuatan homoseks lebih mudarat berbanding penyakit HIV – Dr Ahmad Sanusi

Perbuatan hubungan sesama jantina itu adalah mudarat lebih besar yang patut ditangani berbanding penyakit HIV yang terhasil dari perbuatan itu, demikian kata Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi mengulas isu mengembangkan penggunaan ubat PReP (Pre-Exposure Prophylaxis) kepada golongan homoseksual.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Perbuatan homoseks lebih mudarat berbanding penyakit HIV – Dr Ahmad Sanusi
Foto: Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi
  • Perbuatan hubungan sesama jantina itu adalah mudarat lebih besar yang patut ditangani berbanding penyakit HIV yang terhasil dari perbuatan itu.
  • Ia tidak menyelesaikan tuntutan yang lebih utama iaitu menjunjung perintah Allah dalam menjauhi perbuatan terkutuk ini. Menjauhkan manusia dari perintah Allah adalah lebih besar mudaratnya.
  • “Jika kita terus melayani keinginan nafsu serakah mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk ini, kita sebenarnya membiarkan mereka terjerumus dalam kerosakan. Ini pada hakikatnya tidak membantu mereka,”- Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi

KUALA LUMPUR: Perbuatan hubungan sesama jantina itu adalah mudarat lebih besar yang patut ditangani berbanding penyakit HIV yang terhasil dari perbuatan itu, demikian kata Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi mengulas isu mengembangkan penggunaan ubat PReP (Pre-Exposure Prophylaxis) kepada golongan homoseksual.

Memetik hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata inisiatif yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu ibarat hanya melayani keinginan nafsu golongan tersebut dan terus menjauhkan mereka dari perintah Allah.

Barangkali ada yang menggunakan hujah bahawa pemberian PrEP ini adalah bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar. Namun, pada hakikatnya, ia tidak menyelesaikan tuntutan yang lebih utama iaitu menjunjung perintah Allah dalam menjauhi perbuatan terkutuk ini. Menjauhkan manusia dari perintah Allah adalah lebih besar mudaratnya.

“Jika kita terus melayani keinginan nafsu serakah mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk ini, kita sebenarnya membiarkan mereka terjerumus dalam kerosakan. Ini pada hakikatnya tidak membantu mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Beliau turut membandingkan cadangan inisiatif KKM ini dengan kempen “safe sex” yang pernah dijalankan sekitar tahun 2018.

“Kempen penggunaan kondom ini adalah bagi tujuan mengelakkan penularan penyakit kelamin dan kelahiran bayi luar nikah. Namun ia secara tidak langsung tidak menyelesaikan isu zina.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan kebimbangan melihat laporan Global AIDS Monitoring pada 2021 yang menunjukkan golongan MSM (lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki) telah mendominasi carta jangkitan HIV, maka pemberian PrEP hanya akan membuka ruang baharu untuk mereka.

“Malah barangkali perbendaharaan negara juga dihabiskan bagi menyantuni kehendak mereka. Wang cukai yang dibayar oleh rakyat negara ini digunakan untuk pembelian ubatan yang membantu pelaku homoseksual melakukan hubungan songsang dengan jalan yang lebih selamat.”

Oleh itu, beliau menyeru pendekatan bersepadu antara pengamal perubatan, proses pendidikan, penyampaian pendakwah serta ketegasan kepimpinan haruslah bergabung dalam mendidik masyarakat menjauhi perbuatan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending