Connect with us

Terkini

Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bersambung 7 Februari

Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37. 

Wartawan TMT

Published

on

Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bersambung 7 Februari
Foto: Ebit Lew
  • Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew.
  • Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada pukul 10 pagi, 7 Februari tahun depan. 
  • Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021.
  • Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
  • Beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. 

 

TENOM: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 hingga 10 Februari 2023 sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37. 

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh tersebut selepas kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan berbincang mengenai tarikh perbicaraan seterusnya. 

Majistret menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada pukul 10 pagi, 7 Februari tahun depan. 

Mahkamah turut membenarkan ikat jamin tertuduh iaitu Ebit dilanjutkan. Sejak perbicaraan bermula pada 27 September lalu, lima saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes berkenaan. 

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Maka, beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. 

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021. 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia. 

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending