Terkini
Penggunaan PrEP mungkin cegah HIV namun undang penyakit kelamin lain
Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) sebagai inisiatif pencegahan penularan HIV semasa melakukan hubungan seks bukan satu langkah yang tepat.
- Ia berisiko membawa kepada jangkitan lain yang berpunca daripada hubungan tersebut. – Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
- Individu yang mengambil ubat berkenaan masih perlu dapatkan nasihat dan kawalan dari pakar perubatan.
- Satu kajian yang dilakukan di Australia melibatkan 3,000 responden menyatakan antara kesan penggunaan ubat PrEP adalah ia memberikan satu risiko yang mana mereka rasa tidak perlu untuk memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.
- “Ia akhirnya menyebabkan penyebaran penyakit lain berpunca daripada seks seperti gonorrhea dan penyakit kelamin (STI).”
SHAH ALAM – Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) sebagai inisiatif pencegahan penularan HIV semasa melakukan hubungan seks bukan satu langkah yang tepat.
Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, ia berisiko membawa kepada jangkitan lain yang berpunca daripada hubungan tersebut.
Ujarnya, individu yang mengambil ubat berkenaan masih perlu mendapatkan nasihat dan kawalan daripada pakar perubatan.
Satu kajian yang dilakukan di Australia melibatkan 3,000 responden menyatakan antara kesan penggunaan ubat PrEP adalah ia memberikan satu risiko yang mana mereka rasa tidak perlu untuk memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.
“Ia akhirnya menyebabkan penyebaran penyakit lain berpunca daripada seks seperti gonorrhea dan penyakit kelamin (STI).
“Ubat PrEP pula pada masa sama memerlukan kawalan terhadap penggunaannya,” kata beliau dalam program Wacana Sinar bertajuk PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Selasa.
Turut bergandingan sebagai panelis ialah Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Anita Suleiman dan Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri.
Sementara itu, Rafidah menambah, beliau tidak yakin bahawa penggunaan ubat PrEP merupakan solusi terbaik dalam membendung penularan HIV.
Jelasnya, meskipun jangkitan penyakit tersebut berkemungkinan berkurangan, namun jangkaan masalah kesihatan lain masih boleh terjadi.
“Mungkin selesai satu masalah, tapi masalah lain pula yang datang,” ulas beliau.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia