Antarabangsa
Mayat lelaki Muslim dibakar akibat kecuaian hospital di Jerman
Mayat seorang lelaki Islam tersilap dibakar di Jerman gara-gara kecuaian sebuah hospital di Hannover yang terkeliru antara dua mayat.
- Abdulkadir Sargin, seorang warga Turki yang meninggal dunia di bahagian kecemasan Hospital Sekolah Perubatan Hannover, Jerman minggu lalu.
- Mayatnya telah tersilap dibakar akibat kecuaian pihak hospital yang terkeliru antara dua mayat.
- Kesilapan itu disedari ahli keluarga si mati ketika mereka membuka keranda untuk menguruskan jenazah dan mendapati ia adalah mayat orang lain.
Mayat seorang lelaki Islam tersilap dibakar di Jerman gara-gara kecuaian sebuah hospital di Hannover yang terkeliru antara dua mayat.
Memetik laporan TRT World, mayat itu ialah Abdulkadir Sargin, seorang warga Turki yang meninggal dunia di bahagian kecemasan Hospital Sekolah Perubatan Hannover minggu lalu, demikian kata pihak berkuasa.
Ketika persiapan menguruskan jenazah Abdulkadir pada Selasa lalu, ahli keluarganya terkejut apabila melihat mayat di dalam keranda adalah individu yang tidak dikenali.
Selepas membuat panggilan telefon ke hospital, mereka dimaklumkan kakitangan hospital terbabit tersilap menyerahkan mayat Abdulkadir kepada keluarga lain dan mayatnya telah dibakar.
Pembakaran mayat adalah bertentangan dengan pengurusan jenazah Islam kerana dianggap menyeksa si mati.
Menurut pihak berkuasa, Konsulat Turki di Hannover sedang berhubung dengan ahli keluarga Abdulkadir dan akan memberikan semua bantuan yang mereka perlukan.
Sumber: TRT World