Connect with us

Terkini

Lelaki ‘bertelekung’ dicekup, curi barang jemaah wanita di masjid

Seorang lelaki yang tular dalam sebuah video dengan mengenakan pakaian solat Muslimah telah diberkas atas kesalahan melakukan jenayah mencuri barangan jemaah di ruang solat wanita dua buah masjid, Seksyen 18, Shah Alam baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki ‘bertelekung’ dicekup, curi barang jemaah wanita di masjid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki yang tular dalam sebuah video diberkas atas kesalahan melakukan jenayah mencuri barangan jemaah di ruang solat wanita, Seksyen 18, Shah Alam.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, kejadian berlaku di Masjid Al-Azahariah dan Masjid Al-Hidayah kira-kira jam 3:41 petang dan 10:47 malam pada Selasa lalu.
  • Mangsa berusia 60 dan 58 tahun mendapati beg tangan mereka ‘lesap’ selepas menunaikan solat sehingga melibatkan kerugian berjumlah RM3,500.
  • Suspek menggunakan teknik memakai telekung warna putih masuk ke ruangan jemaah wanita seterusnya mengambil barang berharga milik jemaah yang sedang solat,” katanya.

 

SHAH ALAM, 24 Disember 2022 – Seorang lelaki yang tular dalam sebuah video dengan mengenakan pakaian solat Muslimah telah diberkas atas kesalahan melakukan jenayah mencuri barangan jemaah di ruang solat wanita dua buah masjid, Seksyen 18, Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, kejadian yang berlaku di Masjid Al-Azahariah dan Masjid Al-Hidayah kira-kira jam 3:41 petang dan 10:47 malam pada Selasa lalu telah merugikan dua orang mangsa.

Dilaporkan, mangsa yang berusia 60 dan 58 tahun itu mendapati beg tangan mereka ‘lesap’ selepas menunaikan solat sehingga melibatkan kerugian berjumlah RM3,500.

“Hasil semakan rakaman litar kamera tertutup (CCTV) di kedua-dua tempat kejadian mendapati suspek menggunakan modus operandi yang sama iaitu memakai telekung warna putih masuk ke ruangan jemaah wanita seterusnya mengambil barang berharga milik jemaah yang sedang solat,” katanya.

Justeru itu, bagi membolehkan siasatan ke atas Seksyen 380 Kanun Keseksaan dijalankan, pihak polis telah menahan reman suspek selama empat hari sehingga Isnin depan, selain merampas dua buah telefon bimbit yang dipercayai adalah milik mangsa.

Semakan lanjut pihak polis mendapati, suspek berasal dari Padang Jawa, Klang dan mempunyai empat rekod jenayah dan satu rekod dadah.

 

Sumber: Samudera

 

Author