Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan haluan kanan, ‘white supremacist’ ancaman keganasan terbesar dunia – Setiausaha Agung PBB

‘Ancaman keganasan terbesar’ dunia adalah kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan white supremacist (ketuanan kulit putih) di Barat, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, sekaligus meminta dunia memberi perhatian kepada Islamofobia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan haluan kanan, 'white supremacist' ancaman keganasan terbesar dunia - Setiausaha Agung PBB
Foto: Antonio Guterres.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru dunia untuk memberi perhatian kepada Islamofobia.
  • Ia berikutan ‘ancaman keganasan terbesar’ berpunca dari kumpulan ektremis berhaluan kanan dan ketuanan kulit putih (white supremacist) di Barat.
  • “Saya fikir kita mesti sangat jelas dan sangat tegas dalam mengutuk setiap bentuk neo-Nazisme, ketuanan kulit putih, sebarang bentuk anti-Semitisme, kebencian anti-Muslim,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

‘Ancaman keganasan terbesar’ dunia adalah kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan white supremacist (ketuanan kulit putih) di Barat, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, sekaligus meminta dunia memberi perhatian kepada Islamofobia.

Komennya itu menarik perhatian ramai selepas penahanan 25 pelampau sayap kanan di Jerman yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan.

Memetik laporan Islam Channel, ekstremisme sayap kanan menjadi kebimbangan utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam sidang akhbarnya di New York, ketua PBB itu berkata kes di Jerman hanyalah satu contoh bahaya dari kumpulan ekstrimis haluan kanan, neo-Nazi dan ketuanan kulit putih kepada masyarakat demokratik di seluruh dunia.

“Telah jelas bahawa ancaman keganasan terbesar hari ini di negara-negara Barat datang dari kumpulan ekstrimis haluan kanan, neo-Nazi dan ketuanan kulit putih.

“Dan saya fikir kita mesti sangat jelas dan sangat tegas dalam mengutuk setiap bentuk neo-Nazisme, ketuanan kulit putih, sebarang bentuk anti-Semitisme, kebencian anti-Muslim.

“Ini jelas satu ancaman, dan kita mesti melawan ancaman itu dengan keazaman yang besar,” kata Guterres dipetik portal Islam Channel.

Guterres berkata media sosial mempunyai tanggungjawab untuk melakukan lebih banyak tentang ucapan kebencian dan ekstremisme di platform mereka.

“Oleh itu, jelas sekali saya mengesyorkan kepada sesiapa yang memiliki mana-mana platform untuk memastikan yang kebebasan bersuara, terutamanya wartawan, dihormati serta tiada ruang bagi ucapan kebencian, neo Nazisme, supremasi kulit putih, dan bentuk ekstremisme lain di platform sosial tersebut,” katanya.

Laporan Majlis Islam Victoria yang berpangkalan di Australia pada September lalu mendapati bahawa hampir 86 peratus hantaran anti-Islam di media sosial datang dari Amerika Syarikat (AS), Britain dan India.

India mempunyai angka tertinggi dengan 871,379 ciapan Islamofobia, diikuti AS (289,248) dan kemudian Britain (196,376).

Sumber: Islam Channel

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *