Antarabangsa
Kanada beri PrEP kepada LGBT, jumlah jangkitan HIV tiada penurunan ketara
Jumlah jangkitan baru HIV di Kanada setiap tahun lebih kurang sama bentuk dan coraknya dalam kalangan LGBT, sekalipun negara berkenaan membuat polisi memberi ubat antiviral PrEP kepada komuniti songsang itu.
- Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata sepatutnya dengan jumlah keberkesanan 99 peratus penggunaan PrEP itu dan polisi pelaksanaannya bermula 2016, kes-kes HIV dijangka turun secara mendadak dalam kalangan mereka, tetapi ia tidak berlaku sedemikian.
- “Bayangkan apa berlaku disebalik kita berjaya bantu satu individu tampil di klinik untuk cegah HIV melalui PrEP, tetapi kita tidak berjaya kawal kelakuan seksual mereka yang menyebabkan jangkitan kepada orang lain yang tidak termasuk di dalam liputan PrEP kita.
- “Ada kajian menunjukkan individu Elgibiti itu bertukar-tukar pasangan sekitar 10 hingga 12 orang selain mereka itu juga berpotensi menyebarkan virus dalam kalangan mereka. Seorang terselamat tetapi berbelas lain lagi tidak selamat!” – Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baru HIV di Kanada setiap tahun lebih kurang sama bentuk dan coraknya dalam kalangan LGBT, sekalipun negara berkenaan membuat polisi memberi ubat antiviral PrEP kepada komuniti songsang itu.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata sepatutnya dengan jumlah keberkesanan 99 peratus penggunaan PrEP itu dan polisi pelaksanaannya bermula 2016, kes-kes HIV dijangka turun secara mendadak dalam kalangan mereka tetapi ia tidak berlaku sedemikian.
Katanya, kerajaan Kanada yang pada 2018 mempunyai populasi lebih satu juta kumpulan songsang itu yang berumur di antara 15 tahun dan ke atas bertindak menjalankan polisi demikian berikutan melihat jumlah jangkitan HIV dalam kalangan LGBT di negara itu.
Malah, negara yang dihuni majoriti penganut Kristian itu meluluskan Akta perkahwinan sesama jantina sejak tahun 2005 lagi.
Bahkan, bagi menjamin hak Asasi golongan gender ketiga, pada tahun 2017 kerajaan Kanada turut meluluskan satu akta iaitu Canadian Human Right Act and Criminal Code.
“Data dicerap setelah dua tahun pelaksanaan pemberian PrEP mendapati penurunan HIV terutama sekali dalam kalangan Men Sex Men (MSM). Namun para pengkaji menyimpulkan ia tidak berubah secara signifikan.
“Penurunan kes HIV dari tahun 2018 hingga 2020 itu dipengaruhi suasana semasa iaitu COVID-19, sedangkan sepatutnya dengan jumlah keberkesanan 99 peratus penggunaan PrEP itu dan polisi pelaksanaannya bermula 2016, kes-kes HIV dijangka turun secara mendadak dalam kalangan mereka, namun tidak berlaku sedemikian.
“Bayangkan apa berlaku di sebalik kita berjaya membantu satu individu tampil di klinik untuk mencegah HIV melalui PrEP, tetapi kita tidak berjaya mengawal kelakuan seksual mereka yang boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain yang tidak termasuk di dalam liputan PrEP kita.
“Ada kajian menunjukkan individu Elgibiti itu bertukar-tukar pasangan sekitar 10 hingga 12 orang selain mereka itu juga berpotensi menyebarkan virus dalam kalangan mereka. Seorang terselamat tetapi berbelas lain lagi tidak selamat!” kata beliau dalam hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
Beliau berkata semua pihak sewajarnya berfikiran luas dalam hal di mana bukan hanya dengan melihat satu sudut pengubatan fizikal sahaja sebaliknya sudut lain juga perlu diberi perhatian dan dilihat penting.
Katanya, kaedah demikian dinamakan sebagai perawatan holistik kerana ia bukan semata-mata merawat atau mencegah penyakit yang membawa jangkitan itu, tetapi punca kepada penyakit itu juga perlu dirawat melalui pelbagai kaedah.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa Allah SWT melaknat golongan yang melakukan sodom itu, di mana ia dinyatakan dalam Al-Quran dan bala akan kena kepada kita semua jika tidak mencegahnya.
Bagaimanapun, katanya tulisan demikian bukanlah bermakna kita mendiskriminasikan mereka, tetapi sebaliknya ia ingin memberi peringatan untuk kita semua.
“Penggunaan ubat antiviral bagi pencegahan HIV kepada golongan elgibiti telah pun dikaji sejak sekian lama. Kajian membuktikan bahawa PrEP ini berkesan sehingga 99 peratus boleh mencegah HIV di dalam kalangan populasi lelaki-seks-lelaki (MSM) dan Trans-Wanita-Seks. Kedua-dua kategori populasi tersebut melibatkan perlakuan sodomi.
“Keputusan kajian asal tersebut adalah dari iPrEX Study yang menunjukkan keberkesanan untuk menghentikan transmisi HIV adalah 44 peratus. Maknanya dalam tempoh kajian yang dikawal rapi tersebut pun terdapat juga kes positif dijangkiti HIV.
“Tetapi pengkaji tidak menggunakan peratus 44 peratus tersebut, sebaliknya menggunakan kaedah kiraan pengurangan risiko (risk reduction – RR) dijangkiti.
“Kaedah perkiraan matematik statistik pengurangan risiko (risk reduction – RR) itu membandingkan jumlah kes kajian yang terdedah dengan sesuatu risiko (HIV) samada dengan mengambil ubat PrEP atau tidak dalam suatu tempoh tertentu,” katanya.
Berikut hasil perbandingan RR tersebut:
- Jika ambil dua biji seminggu RR 76 peratus
- Jika ambil empat biji seminggu RR 96 peratus dan
- Jika ambil tujuh biji seminggu atau setiap hari, RR 99 peratus
Suhazeli berkata keputusan itu bergantung kepada ketaatan mereka makan ubat ataupun tidak atau kata lain sekiranya mereka culas makan ubat, maka risikonya semakin tinggi untuk dijangkiti.
Jelasnya, punca mereka culas atau tidak itu tergantung pula kepada kesan sampingan dan ketersediaan mereka untuk memakan ubat tersebut.
Dengan kata lain, katanya kebarangkalian kena HIV jika tidak ambil PrEP risikonya satu dalam 70, manakala ambil PrEP adalah satu dalam 7000.
Ini menunjukkan bahawa dijangkiti masih ada namun rendah, namun ia juga boleh berubah-ubah jika ianya pasangan terima-sodom (receptive partner) ataupun si-sodom (insertive partner) yang tidak guna kondom.
Situasi ini pula menyaksikan kebarangkalian dijangkiti HIV adalah satu dalam 72 dan satu dalam 909 masing-masing.
“Kalau susah faham keberangkalian matematik tersebut, percayalah bahawa perbuatan sodom itu mesti mempunyai risiko untuk dijangkiti HIV walau berapa peratus sekalipun.
“Ya, tugas kita berusaha menyekat jangkitan HIV dengan memberi ubat-ubatan, namun perbuatan itu sendiri mengundang risiko tidak berkesudahan di mana akhirnya dijangkiti HIV.
“Seluruh dunia mengakui perbuatan seks di luar tabie itu adalah punca utama jangkitan HIV. Sebenarnya ubat yang perlu diberi adalah untuk mengurangkan ketagihan seks di luar tabii itu.
“Ubat sebegitu tiada. Jadi kaedah-kaedah lain perlu dijalankan demi mengelakkan mereka melaksanakan perbuatan mengundang bala tersebut,” kata beliau yang turut menyenaraikan beberapa sumber rujukannya bagi penulisan di atas.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan di antara pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times
Sumber : Dr Suhazeli Abdullah
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times