Antarabangsa
Hidap ‘hipospadia’, bekas atlet wanita Indonesia bernikah selepas tukar jantina
Seorang bekas atlet kebangsaan bola tampar Indonesia wanita, Aprilio Perkasa Manganang dikhabarkan bernikah selepas setahun menukar jantina kepada lelaki.
- Aprilio Perkasa Manganang yang beragama Kristian menghidap kondisi kesihatan yang dinamakan sebagai Hipospadia.
- Ia merupakan kecacatan bahagian kelamin seorang bayi lelaki sewaktu dilahirkan di mana lubang kencing (meatus) tidak berada di hujung zakar.
- Sebelum proses menukar jantina itu, Aprilio menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dan dikenali dengan nama Aprilia Santini Manganang.
- Keputusan untuk menukar jantina sudah lama difikirkannya dan selepas setahun bertukar jantina, dia berkahwin dengan gadis bernama Claudia Cvanhyn.
Seorang bekas atlet kebangsaan bola tampar Indonesia wanita, Aprilio Perkasa Manganang dikhabarkan bernikah selepas setahun menukar jantina kepada lelaki.
Dia yang beragama Kristian menghidap kondisi kesihatan yang dinamakan sebagai Hipospadia.
Ia merupakan kecacatan bahagian kelamin seorang bayi lelaki sewaktu dilahirkan di mana lubang kencing (meatus) tidak berada di hujung zakar.
Sebelum proses menukar jantina itu, Aprilio menjalani kehidupan normal sebagai seorang atlet kebangsaan wanita yang disegani dan dikenali dengan nama Aprilia Santini Manganang.
Keputusan untuk menukar jantina sudah lama difikirkannya dan akhirnya memutuskan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Claudia Cvanhyn pada 10 Disember lalu.
Biarpun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya, dia memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang menampakkanya sudah berkahwin.
Aprilio turut menyelitkan kapsyen berbunyi, “Terberkatilah today (Berkatilah hari ini) dan, “Bebas” siap dengan emoji tertawa.
Apa yang menjadikan perkahwinan ini topik utama dalam kalangan portal berita di Indonesia adalah kerana Aprilio tidak menunggu lama untuk berkahwin setelah menukar jantina daripada wanita kepada lelaki secara rasminya pada Mac, tahun lalu.- The Merdeka Times