Antarabangsa
Berang tidak dibenar sertai gim wanita di Brazil, pondan buat laporan polis terhadap pemilik
Pemilik pusat kecergasan khusus wanita di Brazil didakwa dengan jenayah transfobia selepas seorang pondan membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan mendaftar sebagai ahli.
- Seorang pelacur pondan, Jhenyfer Marine tidak dibenarkan menyertai gim Espaço Fernanda Fitness yang khusus untuk wanita di Anápolis, Brazil pada September lalu.
- Dia kemudian membuat laporan polis ke atas pemilik gim itu, Fernanda Caetano yang didakwa dengan jenayah transfobia sebagai “perkauman sosial”.
- “Saya berasa sangat tersinggung. Sejak bila wanita transgender bukan wanita? Saya tidak mempunyai penampilan maskulin untuk dia melarang saya mendaftar di gim,” kata Jhenyfer Marine
Pemilik pusat kecergasan khusus wanita di Brazil didakwa dengan jenayah transfobia selepas seorang pondan membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan mendaftar sebagai ahli.
Jhenyfer Marine, seorang pelacur pondan, menghubungi gim Espaço Fernanda Fitness yang khusus untuk wanita sahaja di Anápolis pada September lalu untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai proses keahlian selepas merasakan lebih selesa bersenam di gim wanita.
Memetik laporan Reduxx, Jhenyfer mendakwa wakil gim itu enggan memberikan butiran yang diminta melalui Whatsapp itu.
Wakil itu kemudian menasihatkannya untuk berhubung terus dengan pemilik gim, Fernanda Caetano yang mengesahkan dia tidak dibenarkan menyertai gim tersebut.
“… kerana standard gim ini hanya untuk wanita, kami tidak dapat memenuhi permintaan pendaftaran anda,” demikian mesej balas melalui Whatsapp itu.
Jhenyfer, yang mula mengisytiharkan diri sebagai wanita empat tahun lalu, memberitahu media yang dia berasa tidak dihormati oleh peraturan gim itu.
“Saya tidak pernah didiskriminasi di tempat lain dan sungguh ironi apabila saya melalui perkara ini di tempat yang saya bayangkan akan lebih selesa. Saya sangat sedih, saya rasa dianiaya dan tidak dihormati. Ini adalah transfobia,” kata Jhenyfer.
“Saya berasa sangat tersinggung. Sejak bila wanita transgender bukan wanita? Saya tidak mempunyai penampilan maskulin untuk dia melarang saya mendaftar di gim,” katanya.
Marine kemudiannya memfailkan laporan polis terhadap Fernanda. Dia juga meminta bantuan peguam, Alex Costa yang juga Presiden Suruhanjaya Anápolis mengenai Kepelbagaian Seksual dan Jantina,
Menurut Alex, Fernanda didakwa dengan jenayah transfobia sebagai “perkauman sosial” berikutan laporan polis Marine.
Sumber: Reduxx