Antarabangsa
Penerbit Eksekutif ‘Joyland’, Malala Yousafzai pertahan filem LGBT di Pakistan
Penerbit Eksekutif “Joyland”, Malala Yousafzai mempertahankan filem songsang arahan Saim Sadiq selepas diharamkan di Punjabi.
- Malala Yousafzai tampil mempertahankan filem songsang “Joyland” arahan Saim Sadiq selepas diharamkan di Punjabi, Pakistan.
- Malala yang juga penerbit eksekutif Joyland berkata dengan pengharaman filem ini, pihaknya terpaksa menolak bakat hebat artis dari Pakistan.
- “Mesej macam mana kita nak berikan kepada generasi akan datang, seperti Sadiq mahu membuat filem di Karachi atau Swat Valley, jika seni ini diharamkan oleh orang kita sendiri?,” katanya.
- Menurut sinopsis dipetik dari laman web Festival Filem Cannes, Joyland mengisahkan tentang cinta songsang antara seorang lelaki dan bintang transgender muda yang ditemuinya selepas menyertai teater tarian erotik.
INDIA – Penerbit Eksekutif “Joyland”, Malala Yousafzai mempertahankan filem songsang arahan Saim Sadiq selepas diharamkan di Punjabi.
Menurutnya, dengan pengharaman filem ini, pihaknya terpaksa menolak bakat hebat artis dari Pakistan.
“Banyak pencapaian kami yang cemerlang dan terbaik— daripada Kumail Nanjiani hingga Kamilia Shamsie hingga Shahzia Sikander — mencipta banyak kejayaan di Amerika Syarikat.
“Mesej macam mana kita nak berikan kepada generasi akan datang, seperti Sadiq mahu membuat filem di Karachi atau Swat Valley, jika seni ini diharamkan oleh orang kita sendiri?,” katanya dipetik PinkNews.
Filem “Joyland” disekat tayangannya oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran Pakistan selepas menerima aduan bertulis mengenai “bahan sangat dibantah” yang bertentangan dengan “prinsip moral dan kesopanan” masyarakat di negara itu.
Walaupun kerajaan Pakistan melakukan pusingan-U berhubung keputusan ini pada Rabu lalu, Jabatan Penerangan dan Kebudayaan Punjab masih mengekalkan pengharaman filem kontroversi ini.
Ini bermakna filem “Joyland” tidak akan ditayangkan di mana-mana wilayah Punjab, termasuk di Lahore.
Menurut sinopsis dipetik dari laman web Festival Filem Cannes, Joyland mengisahkan tentang cinta songsang antara seorang lelaki dan bintang transgender muda yang ditemuinya selepas menyertai teater tarian erotik.
Sumber: PinkNews