Connect with us

Terkini

GPS, GRS sokong Muhyiddin PM ke-10

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10

Wartawan TMT

Published

on

gps-grs-sokong-muhyiddin-pm-ke-10
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Parti GPS dan GRS sebulat suara menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10.
  • Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat hasil pertemuan dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada pagi tadi.
  • Selain itu, jelasnya,  Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajji Noor juga memberi sokongan dan kepercayaan yang sama terhadap beliau.
  • Dalam perkembangan lain, Abang Johari mengesahkan keputusan membentuk parti gabungan bersama PN, GPS, GRS dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan yang stabil.

SHAH ALAM – Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat hasil pertemuan dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada pagi tadi.

“Beliau memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Saya juga mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti GRS Datuk Seri Panglima Hajji Noor yang juga menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin, beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga memberikan komitmen yang sama untuk membolehkannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Gabungan kerajaan stabil

Dalam perkembangan lain, Abang Johari mengesahkan keputusan membentuk parti gabungan bersama PN, GPS, GRS dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Menurutnya, tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai PRU15, semalam.

“Dunia dan negara kita bakal berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi sekarang dan keadaannya dijangka akan menjadi lebih genting pada tahun hadapan.

“Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar yang segera.

“Dengan itu, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan membentuk gabungan (coalition) bersama PN, BN, GPS dan GRS bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat,” katanya.

Jelasnya, gabungan ini akan menegakkan keluhuran perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC.

“Selain, menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC,” tambahnya.

Ulasnya, kuasa autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan, serta perkara-perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak juga akan dititik beratkan.

Katanya lagi, fokus dan tanggungjawab utama sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. – The Merdeka Times



Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tahanan rakyat Palestin Tebing Barat meningkat daripada 5,200 kepada 9,500 tahanan

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.
  • Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
  • Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.
  • Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.
  • Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.

Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.

Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Mereka yang ditangkap dan ditahan semula selepas 7 Oktober tahun lalu dikenakan layanan lebih tidak berperikemanusiaan daripada apa yang dihadapi penduduk Palestin di penjara Israel pada masa lalu.

Warga Palestin yang pernah ditahan di bawah tahanan pentadbiran, Nada, 24, memberitahu Al Jazeera pengalamannya.

Beliau berdepan situasi sama teruk dalam penahanan kali keduanya. Matanya ditutup untuk tempoh yang lama setiap hari, dihalang daripada ke tandas atau mandi oleh pengawal yang akan bertindak menghinanya, dan memberikan gelaran kepadanya seperti “anjing”.

“Mereka tidak melayan kamu seperti manusia di dalam penjara. Mereka melayan kamu seperti haiwan,” kata Nada. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending