Terkini
Anwar harap Malaysia jalin kerjasama rapat dengan India
Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Malaysia dapat jalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting.
- Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang ucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai PM ke-10.
- Perdana Menteri juga berharap dapat jalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan, perdagangan dan budaya.
KUALA LUMPUR – Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ciapannya pada Jumaat menjawab dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, Khamis.
“Thank you PM@narendramodi, India is an important partner for Malaysia. I’m looking forward to working closely with you to strengthen ties and cooperation in various areas including trade investment and culture (Terima kasih PM@narendramodi, India adalah rakan kongsi penting bagi Malaysia. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan perdagangan dan budaya),” kata Anwar dalam ciapannya di Twitter.
Terdahulu Modi dalam ciapannya mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya dan menyatakan minatnya untuk meningkatkan perkongsian strategik India-Malaysia.
“Congratulations Dato’ Seri @anwaribrahim on your election as the Prime Minister of Malaysia. I look forward to working closely together to further strengthen India-Malaysia Enhanced Strategic Partnership (Tahniah Dato’ Seri @anwaribrahim atas pemilihan anda sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sumber : Sinar Harian