Antarabangsa
Digantung, dipecat kerana laporkan ‘pondan’ di bilik persalinan perempuan
Seorang pelajar sekolah menengah dan bapanya menyaman sebuah sekolah di Vermont, Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tindakan ke atas mereka kerana melaporkan pelajar transgender yang berada di bilik persalinan perempuan, demikian lapor Daily Mail.

- Seorang pelajar sekolah dan bapanya menyaman sekolah susulan tindakan dikenakan ke atas mereka kerana melaporkan seorang pelajar transgender berada di bilik persalinan perempuan.
- Remaja perempuan itu, Blake Allen digantung dari sekolah dan bapanya, Travis Allen dipecat tanpa gaji sebagai jurulatih bola sepak perempuan.
- “Saya telah digantung kerana saya menyuarakan pendapat saya bahawa seorang lelaki tidak sepatutnya berada di bilik persalinan wanita,” kata Blake.
- Bapa pelajar itu pula dipecat kerana memanggil pelajar lelaki itu sebagai lelaki.
Seorang pelajar sekolah menengah dan bapanya menyaman sebuah sekolah di Vermont, Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tindakan ke atas mereka kerana melaporkan pelajar transgender yang berada di bilik persalinan perempuan, demikian lapor Daily Mail.
Blake Allen, 14, digantung dari Sekolah Menengah Randolph Union dan bapanya, Travis Allen dipecat tanpa gaji sebagai jurulatih bola sepak perempuan kerana memanggil pelajar transgender (secara biologinya lelaki) sebagai lelaki.
Bapa dan remaja perempuan itu menyertai program ‘Tucker Carlson Tonight’ pada Khamis lalu bagi membincangkan tuntutan mahkamah difailkan mereka terhadap daerah sekolah itu.
“Saya telah digantung kerana menyuarakan pendapat bahawa seorang lelaki tidak sepatutnya berada di bilik persalinan wanita.
“Ramai rakan sekelas menyokong, saya rasa kebanyakan orang dan pihak sekolah juga begitu, mereka terlalu takut untuk bersuara kerana mereka melihat semua tindak balas yang saya terima berkenaan perkata itu,” kata Blake.
“Saya membuat hantaran media sosial yang merujuk kepada pelajar lelaki itu sebagai lelaki dan saya dihukum kerananya. Sebab saya salah panggil jantina dia,” kata bapa Blake, Travis.
Menggambarkan situasi insiden ketika kejadian itu, Blake berkata, “saya berada di dalam bilik persalinan dan pelajar (transgender) itu masuk dan pada ketika itu ada seluruh pasukan dalam bilik dan saya tidak selesa.
“Saya berlalu pergi dan memaklumkan kepada pihak sekolah, namun mereka hanya meminta saya berdiam diri kerana tiada apa yang boleh mereka lakukan,” katanya.
Sumber: Daily Mail
