Connect with us

Antarabangsa

Pembantu rumah Muslim di India terpaksa tukar nama hindu untuk bekerja

Munni Begum hanya berusia 10 tahun ketika ibunya menukar nama asalnya. Pada masa itu, dia tidak faham mengapa ibunya berbuat demikian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pembantu rumah Muslim di India terpaksa tukar nama hindu untuk bekerja
Foto: Kawasan golongan pertengahan di bandar New Delhi, sumber Al Jazeera.
  • Pembantu rumah di India menghadapi diskriminasi kasta tetapi pembantu rumah beragama Islam lebih jauh terpinggir.
  • Umat Islam yang bekerja sebagai pembantu rumah terpaksa menukar nama mereka kepada nama Hindu bagi mengelakkan diskriminasi.
  • Pembantu rumah ini bukan sahaja perlu menukar nama mereka, malah anak-anak mereka yang sering mengikut mereka ke tempat kerja dan suami yang mengambil dan menghantar mereka bekerja juga perlu menyembunyikan identiti Muslim.

New Delhi, India – Munni Begum hanya berusia 10 tahun ketika ibunya menukar nama asalnya.

Pada masa itu, dia tidak faham mengapa ibunya berbuat demikian. Dia sering menemani ibu dan neneknya ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan, memasak dan kerja pembantu rumah di ibu negara India, New Delhi.

Hanya ketika Begum berusia 50-an, ketika mula bekerja sebagai pembantu rumah barulah dia menyedari semua wanita dalam keluarganya harus menukar nama Hindu di tempat kerja adalah untuk terus bertahan hidup.

“Mereka tidak akan mengupah kami,” katanya kepada Al Jazeera. 

“Mereka membenci kami orang Islam. Sebilangan mereka mengatakan bahawa kami adalah orang jahat. Jadi Munni adalah nama yang sesuai dengan kedua-dua komuniti (Hindu dan Muslim),” katanya.

Begum berkata ibunya yang juga ibu tunggal akan pergi bekerja dengan memakai sari dan bindi yang secara tradisionalnya dikaitkan dengan budaya Hindu. 

“Kakak saya pula pernah bekerja pada Aidilfitri untuk mengelakkan kecurigaan,” katanya.

Setelah lebih 40 tahun bekerja sebagai pembantu rumah, Begum berkata dia menghadapi diskriminasi dan penghinaan daripada tuan rumah Hindu dan Jain. Dia juga dinafikan pekerjaan kerana identiti Muslimnya.

Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan terdapat antara 20 juta hingga 80 juta pembantu rumah di India.

Pembantu rumah Muslim di India terpaksa tukar nama hindu untuk bekerja 1

Seema, sebelum ini dikenali sebagai Shahana Parveen, di luar rumah rakannya di New Delhi, sumber Al Jazeera.

Kajian ‘Initiative for What Works to Advance Women and Girls in the Economy’ (IWWAGE) dan ‘The Institute of Social Studies Trust’ (ISST) pada 2020 mendapati lebih ramai wanita Muslim terlibat dalam sektor tidak formal berbanding wanita dari agama lain di India.

Pembantu rumah India pada umumnya menghadapi diskriminasi berdasarkan kasta dan berdepan isu keganasan. Majikan sering menyekat kebenaran pekerja untuk ke dapur, bilik cuci, lif dan tempat ibadat. Terdapat peralatan berasingan untuk digunakan pekerja.

Pembantu rumah Muslim di India terpaksa tukar nama hindu untuk bekerja 2

Shabana Raeel terpaksa berhenti dari kerja-kerja rumah disebabkan diskriminasi di atas agama.

“Tetapi pekerja Muslim lebih dipinggirkan kerana identiti agama mereka,” kata aktivis dan setiausaha agung di Kesatuan Shehri Mahila Kamgar (Kesatuan Pembantu Rumah Bandar) di New Delhi, Anita Kapoor menjelaskan pekerja Muslim harus menyembunyikan nama dan identiti mereka.

“Dan bukan hanya pekerja yang harus menukar namanya tetapi juga anak-anaknya yang sering menemani ibu mereka bekerja, dan suami mereka yang kadang-kadang mengambil pekerja seperti memandu di rumah sama. Oleh itu, seluruh keluarga mereka harus melalui perkara ini,” katanya.

Sumber: Al Jazeera

 

Author