Connect with us

Antarabangsa

Pekerja Google dan Amazon bantah Israel guna teknologi tindas Palestin

Ratusan pekerja Google dan Amazon akan mengadakan tiga himpunan menyalakan lilin (vigils) pada 8 September ini di luar ibu pejabat kedua-dua syarikat terbabit bagi menyeru syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu membatalkan Projek Nimbus dengan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Halang Israel guna teknologi tindas Palestin, pekerja Google dan Amazon bantah Projek Nimbus
Foto: Sumber Tayfun Coşkun - Anadolu Agency.
  • Ratusan pekerja syarikat Google dan Amazon akan mengadakan tiga himpunan menyalakan lilin (vigils) pada 8 September ini bagi membantah Projek Nimbus bernilai USD1.2 bilion dalam usaha menghalang rejim Israel daripada menggunakan teknologi itu dalam melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin.
  • Himpunan ‘vigils’ itu akan diadakan di San Francisco, New York dan Seattle sebagai usaha menghalang Israel daripada menggunakan teknologi itu dalam melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin.
  • Petisyen #NoTechForApartheid menggesa pengurusan syarikat terbabit menghentikan kerjasama bersama Israel yang jelas menggunakan teknologi itu bagi menyerang rakyat Palestin. 
  • Projek Nimbus adalah perkhidmatan rangkaian simpanan atas talian (Cloud storage) dan alat kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan kerajaan dan tentera rejim Israel.

Ratusan pekerja Google dan Amazon akan mengadakan tiga himpunan menyalakan lilin (vigils) pada 8 September ini di luar ibu pejabat kedua-dua syarikat terbabit bagi menyeru syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu membatalkan Projek Nimbus dengan Israel.

Melalui projek bernilai USD1.2 bilion itu, kedua-dua gergasi teknologi AS itu akan menyediakan perkhidmatan rangkaian simpanan atas talian (Cloud storage) dan alat kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan kerajaan dan tentera rejim Israel.

Gerakan #NoTechForApartheid berkata ‘vigils’ itu akan diadakan di San Francisco, New York dan Seattle sebagai usaha menghalang Israel daripada menggunakan teknologi itu dalam melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin.

Gerakan itu yang diasaskan tahun lalu itu juga mencari penyokong menandatangani petisyen menyeru pihak pengurusan kedua-dua syarikat terbabit menghentikan urusan perniagaannya dengan kerajaan apartheid Israel.

Petisyen itu mengesahkan solidariti bersama ratusan pekerja Amazon dan Google yang menuntut Google dan Amazon menarik diri daripada menyertai Projek Nimbus. 

Antara penekanan dalam petisyen itu ialah kedua-dua syarikat gergasi terbabit perlu berpegang pada prinsip kesaksamaan. 

“Google menyatakan bahawa ia menghargai demokrasi dan mengatakan bahawa syarikat boleh menjana wang tanpa melakukan kejahatan, begitu juga Amazon yang menegaskan dalam prinsip kepimpinannya bahawa syarikat mesti menjadi lebih baik, melakukan yang terbaik untuk dunia,” demikian menurut petisyen itu.

“Ketika tentera Israel mengebom rumah, klinik dan sekolah di Gaza serta mengancam untuk menghalau keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis pada Mei 2021, Amazon Web Services dan eksekutif Google Cloud menandatangani kontrak USD1.22 bilion untuk menyediakan rangkaian teknologi kepada tentera Israel. Amazon dan Google memudahkan Israel untuk mengawasi rakyat Palestin dan memaksa mereka keluar dari tanah air mereka.

”Kami menyahut seruan lebih 1000 pekerja Google dan Amazon untuk menentang kontrak itu yang dikenali sebagai Projek Nimbus. Teknologi harus digunakan untuk menyatukan manusia, bukan membolehkan apartheid, pembersihan etnik, dan penjajahan,” kata petisyen itu. 

Petisyen itu turut menegaskan kerjasama Amazon dan Google dengan Israel adalah sebahagian daripada corak Big Tech menyemarakkan jenayah keganasan di seluruh dunia dan didakwa sebagai pencatur perang baharu kerana mempunyai rekod hak asasi yang teruk. 

”Teknologi menyatukan manusia tetapi apabila alat ini digunakan untuk membahayakan komuniti, ia menjadikan dunia kurang selamat untuk kita semua. Itu antara sebab pekerja di Google dan Amazon menggesa majikan berpegang dengan prinsip hak asasi manusia hang mereka laungkan,” kata petisyen itu yang sehingga kini ditandatangani 40,000 individu.

Sumber: Middle East Monitor

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *