Connect with us

Antarabangsa

Imam kelahiran Perancis dibuang ke Maghribi akibat ‘ucapan kebencian’

Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memberi kebenaran mengusir seorang imam yang dituduh melakukan “ucapan kebencian” ke Maghribi, demikian menurut Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Imam kelahiran Perancis dibuang ke Maghribi akibat ‘ucapan kebencian’
Foto: Sumber Sarah Meyssonnier/Reuters.
  • Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memberi kebenaran mengusir imam yang didakwa mengeluarkan “ucapan kebencian” ke Maghribi.
  • Hassan Iquioussen “akan diusir dari wilayah negara” dalam “kemenangan besar bagi republik ini,” kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin.
  • Peguam Hassan sebelum ini berjaya memohon mahkamah Paris menghalang perintah pengusiran itu atas alasan ia akan mewujudkan “kemudaratan yang tidak seimbang”.

Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memberi kebenaran mengusir seorang imam yang dituduh melakukan “ucapan kebencian” ke Maghribi, demikian menurut Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

Hassan Iquioussen “akan diusir dari wilayah negara” dalam “kemenangan besar bagi republik ini,” kata Darmanin di Twitter yang memetik keputusan Majlis Negara pada Selasa lalu.

Kes itu dibawa ke mahkamah tertinggi selepas hakim Paris menyekat pengusiran imam itu yang diperintahkan Kementerian Dalam Negeri pada akhir Julai lalu berhubung dakwaan “pertuturan anti-Semitik yang sangat ganas” dan khutbah yang menyeru wanita untuk “tunduk” kepada lelaki. 

Hassan yang berusia 58 tahun mempunyai capaian puluhan ribu pengikut menerusi akaun YouTube dan Facebook peribadinya dari rumah yang terletak di utara Perancis.

Dia dilahirkan di Perancis tetapi memegang kewarganegaraan Maghribi.

Peguam Hassan berjaya memohon kepada mahkamah Paris bagi menghalang perintah itu dengan alasan ia akan mewujudkan “kemudaratan yang tidak seimbang” kepada “kehidupan peribadi dan keluarganya”.

Peguam Hassan berkata kenyataan anti-Semitik atau misoginis itu dibuat sejak lebih 20 tahun lalu dan dia tidak pernah didakwa atas kenyataannya itu. 

“Ya, encik Hassan seorang yang konservatif. Dia pernah membuat kenyataan retrograde (ke belakang) mengenai kedudukan wanita dalam masyarakat.

“Namun ia bukanlah suatu ancaman serius kepada ketenteraman awam,” kata peguam Hassan, Lucie Simon.

Sumber: Al Jazeera

Author