Connect with us

Terkini

Siapa selepas Najib?

Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta serta menjalani hukuman penjara semalam, The Merdeka Times menyenaraikan kes-kes yang melibatkan pemimpin politik yang sedang dan akan menjalani perbicaraan di mahkamah.

Wartawan TMT

Published

on

Siapa selepas Najib?
Foto: Senarai pemimpin politik yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah.

Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta serta menjalani hukuman penjara semalam, The Merdeka Times menyenaraikan kes-kes yang melibatkan pemimpin politik yang sedang dan akan menjalani perbicaraan di mahkamah.

  • Datin Seri Rosmah Mansor (Isteri kepada Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Razak).
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad.
  •  Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim.
  • Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
  • Setiausaha Agung Parti DAP, Lim Guan Eng.
  • Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda.
  • Ketua Pemuda PKR, Muhd Sabda Suluh Lestari Yahya.

1.    YB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak

YB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak

 1.1  Kes SRC

  • 28 Julai 2020 – Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah untuk tujuh pertuduhan yang diputuskan oleh Hakim Nazlan Ghazali membabitkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta dana SRC, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
  • 8 Disember 2021 – Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu.
  • 23 Ogos 2022 – Pada peringkat terakhir rayuan semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam kes SRC International dan Najib dihantar ke terus menjalani hukuman di Penjara Kajang.

1.2  Kes 1MDB

  • Najib, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
  • Perbicaraan Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung minggu depan (Ogos 2022), ditangguhkan sementara menunggu perkembangan rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

1.3  Kes Pinda Laporan Audit 1MDB

  •  Perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang melibatkan Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan bersambung pada 26 Ogos.
  • Perbicaraan sepatutnya diteruskan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, namun telah ditangguhkan sementara menunggu perkembangan rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

2.    Datin Seri Rosmah Mansor
(Isteri kepada YB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak)

Datin Seri Rosmah Mansor     

2.1  Kes Rasuah Projek Solar Hibrid untuk 369 Sekolah Luar Bandar di Sarawak

  • Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos ini untuk memutuskan permohonan baharu Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
  • Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Rosmah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh serta Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dan Sri Ram, yang mewakili dirinya sendiri.
  • Mengikut pertuduhan, Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.
  • Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

3.    Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

3.1  Kes rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB)

  • Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD$13.56 juta (RM43.97 juta) daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN), serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.
  • Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
  • Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
  • Selepas 18 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), antara 2014 hingga 2018.
  • Susulan itu, hakim memerintahkan pihak pembelaan dan pendakwaan untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada 29 Ogos dan 5 September ini.
  • Mahkamah turut menetapkan 1, 2, 5 hingga 8 September ini untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu dibebaskan daripada pertuduhan atau diperintah membela diri.

4.  Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad

Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad

4.1  Kes rasuah RM2.8 juta

  • Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dibebaskan daripada pertuduhan kes rasuah berjumlah RM2.8 juta atau dipanggil bela diri di Mahkamah Sesyen di sini akan diketahui 2 September 2022.
  • Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan lisan daripada pasukan pendakwaan dan pembelaan.
  • Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
  • Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
  • Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

5.    Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

5.1  3 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM 5.2 juta

5.2  10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta

  • Mahkamah Rayuan diberitahu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti petunjuk baharu berhubung pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
  • Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez memaklumkan, petunjuk baharu itu terkandung dalam representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk pertimbangan pertuduhan.
  • Sehubungan itu, Amer Hamzah memohon mahkamah menangguhkan keputusan rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan 13 pertuduhan dihadapinya, sementara menunggu maklum balas representasi tersebut.
  • Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali menangguhkan keputusan rayuan pada  26 Ogos ini.
  • Jika representasi itu diterima, ini bermakna pertuduhan akan digugurkan dan kes terhadap Abdul Azeez selesai tanpa perlu mahkamah  mengumumkan keputusannya.
  • Ujar Amer Hamzah, beliau percaya Abdul Azeez mempunyai peluang yang cerah dalam rayuan itu, namun pihaknya perlu memajukan petunjuk baharu yang diperolehi kepada SPRM kerana ia sangat penting bagi membolehkan representasi diterima.

6.    Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Tan Sri  Shahrir Abdul Samad

6.1  Kes gagal isytihar RM1 juta

  • Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda,Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Julai 2022.
  • Menerusi semakan sistem mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
  • Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi, Mohd ‘Afif Ali dan Natrah Fareha Rahmat manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
  • Pada prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 19 saksi akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
  • Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos, 5 hingga 8 Sept dan 3 hingga 6 Okt 2022 untuk perbicaraan.

7.    Lim Guan Eng

Lim Guan Eng

7.1  Kes pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta

  • Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng membabitkan pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
  • Perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
  • Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
  • Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
  • Lim, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
  • Tarikh perbicaraan terakhir adalah pada 5 Ogos 2022.

8.    Hasbie Muda (Ketua Pemuda Amanah)

Hasbie Muda

8.1  Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

  • Gagal memaklumkan polis Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek, Kampung Baru, pada 1 Julai, yang disifatkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.
  • Hasbie mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
  • Hasbie dibenarkan diikat jamin RM3,000. Majistret menetapkan 22 Sept ini untuk sebutan kes.

9.    Muhd Sabda Suluh Lestari Yahya (Ketua Pemuda PKR)

Muhd Sabda Suluh Lestari Yahya

9.1  Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

  • Sabda mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Azahra Arifin atas tuduhan sama berhubung protes diadakan di hadapan kompleks beli-belah Sogo pada 9 Julai lalu.
  • Dia dibenarkan ikat jamin RM7,000. Mahkamah menetapkan 28 Sept untuk sebutan kes.

10.   Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Presiden Muda)

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

10.1  Pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang      diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

  • Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.

10.2  Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

10.3  Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, yang didakwa hasil aktiviti haram.

  • Mahkamah Tinggi pada 22 Ogos 2022, menolak permohonan pasukan pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mencabar kredibiliti keterangan saksi utama kes pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapi Ahli Parlimen Muar itu.
  • Keterangan diberikan oleh bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Rafiq Hakim Razali, 32, di mahkamah didakwa bercanggah dengan percakapan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati perbezaan dua kenyataan itu tidak menjurus kepada percanggahan material atau serius.
  • Terdahulu, peguam bela Syed Saddiq, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya mempunyai hak untuk mendengar keputusan mengenai permohonan mencabar kredibiliti keterangan saksi itu mengikut undang-undang.
  • Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata mahkamah akan melihat isu percanggahan kenyataan itu adalah perkara besar atau sebaliknya.
  • Pada 22 dan 7 Julai lalu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua ARMADA BERSATU mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan terbabit.
  • Gobind dilaporkan berhujah, antara perkara bercanggah pada keterangan lisan di mahkamah dan kenyataan direkodkan SPRM membabitkan tempat serta masa arahan didakwa diberi oleh tertuduh untuk pengeluaran wang RM1 juta.

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending