Connect with us

Otomobil

PERODUA kekal harga kereta walau kos pengeluaran meningkat

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tidak akan menaikkan harga jualan kenderaan walaupun berdepan dengan lonjakan luar biasa kos pengeluaran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PERODUA kekal harga kereta walau kos pengeluaran meningkat
Foto: Logo Perodua.
  • Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA ia bagi memastikan pelanggan masih dapat menikmati harga jualan kenderaan yang sama selain terus memperkasakan ekosistem vendor.

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tidak akan menaikkan harga jualan kenderaan walaupun berdepan dengan lonjakan luar biasa kos pengeluaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata sebagai pengeluar kenderaan nasional, kumpulan akan menampung peningkatan kos pengeluaran melalui pelbagai langkah yang dilaksanakan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan pelanggan masih dapat menikmati harga jualan kenderaan yang sama selain terus memperkasakan ekosistem vendor.

Katanya, PERODUA turut memberi tumpuan utama dalam menyokong pemerkasaan ekosistem automotif negara dan kelangsungan operasi vendor.

“Vendor menjadi ekosistem penting dalam memastikan industri automotif negara kekal berdaya saing walaupun berdepan dengan pelbagai krisis termasuk peningkatan harga bahan mentah.

“Justeru, PERODUA sentiasa memastikan ekosistem ini sentiasa terjaga termasuk melaksanakan langkah transformasi dengan pelbagai pihak seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Ekosistem Transformas Digital MIDA-PERODUA di sini, hari ini.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *