Connect with us

Antarabangsa

Lebih 11,000 kes cacar monyet di AS, media salahkan Biden

Kes cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan pantas, melebihi 11,000 kes, dengan media dan pakar menyalahkan kelemahan pentadbiran Biden dalam membendung wabak itu.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 11,000 kes cacar monyet di AS
  • Setakat ini, AS mencatatkan jumlah kes cacar monyet tertinggi di dunia.
  • Media dan pakar mendakwa antara faktor penyakit ini merebak di AS adalah kelemahan pentadbiran Biden.
  • Cacar monyet merupakan satu lagi krisis kesihatan global yang didorong oleh pengabaian kerajaan AS.
  • AS tidak mempunyai data yang tepat untuk kesihatan awam.

LOS ANGELES – Kes cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan pantas, melebihi 11,000 kes, dengan media dan pakar menyalahkan kelemahan pentadbiran Biden dalam membendung wabak itu.

Menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, sebanyak 11,177 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Jumaat, lapor Xinhua.

New York mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,295 kes, diikuti oleh California dengan 1,945 kes dan Florida dengan 1,085 kes.

Setakat ini, AS mencatatkan jumlah kes cacar monyet tertinggi di dunia.

Kelemahan pentadbiran Biden dalam menangani cacar monyet membolehkan penyakit itu bertapak di negara itu, kata laporan Politico.

Kelemahan itu termasuk dalam pelaksanaan protokol ujian awal, pengedaran vaksin yang perlahan, kekurangan pembiayaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri dan tempatan bertindak balas terhadap wabak itu, dan komunikasi yang tidak teratur dengan komuniti yang paling terjejas oleh virus itu, kata laporan itu.

Pakar epidemiologi, pegawai kesihatan awam dan doktor memberi amaran bahawa kerajaan AS kesuntukan masa untuk menghentikan virus daripada merebak dalam kalangan penduduk AS.

Advertisement

Cacar monyet merupakan satu lagi krisis kesihatan global yang didorong oleh pengabaian kerajaan AS, kata op-ed di laman sesawang media Amerika Truthout.

Sekiranya kerajaan AS bertindak pantas dan mengedarkan vaksin dengan segera kepada mereka yang paling berisiko, kemungkinan cacar monyet tidak akan berkembang menjadi krisis sedemikian, kata laporan itu.

Hanya selepas tiga bulan wabak cacar monyet dikesan di AS, kerajaan persekutuan akhirnya mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan pada 4 Ogos.

“Tetapi keputusan itu mungkin sudah terlambat,” kata laporan VOX, sebuah laman sesawang berita dan pendapat Amerika.

Data yang tepat adalah penting untuk kesihatan awam, dan AS tidak memilikinya, kata laporan itu.

“Apabila cacar monyet sudah menjadi kecemasan kesihatan awam global, penting untuk mempunyai data yang tersedia, segera dan tepat, bertujuan menyelaraskan tindak balas kesihatan awam yang berkesan,” kata laporan itu.

Advertisement

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending