Antarabangsa
Jurulatih olahraga sekolah di Amerika Syarikat dipecat kerana pro-Palestin
Dari umurnya 15 tahun, Natalie Abulhawa mengimpikan kerjaya berkaitan olahraga. Dek impian itu, Natalie mendedikasikan tahun persekolahan dan kolejnya untuk merangkul anugerah atau apa saja bentuk pencapaian yang melayakan beliau mengejar cita-citanya sehinggalah menjadi buruan ramai.

- Bekas jurulatih olahraga berketurunan Palestin-Amerika, Natalie Abulhawa, 25, tidak lagi menerima apa-apa tawaran pekerjaan selepas beliau dipecat dari jawatannya kerana bersikap pro-Palestin.
- Natalie dipecat dari jawatannya di Sekolah Agnes Irwin pada November lalu selepas ahli komuniti sekolah mula sedar wanita itu seorang pro-Palestin.
- Tindakan mendiamkan penyokong pro-Palestin kerana sokongan terhadap rejim Israel di Amerika Syarikat adalah lebih dominan dari segi wacana dan politik serta menjadi ‘trend’ di negara kuasa besar itu.
Dari umurnya 15 tahun, Natalie Abulhawa mengimpikan kerjaya berkaitan olahraga. Dek impian itu, Natalie mendedikasikan tahun persekolahan dan kolejnya untuk merangkul anugerah atau apa saja bentuk pencapaian yang melayakan beliau mengejar cita-citanya sehinggalah menjadi buruan ramai.
Kini dia langsung tidak mendapat tawaran kerja selepas ditemuduga, malah menerima penolakan.
Natalie, 25, telah diberhentikan kerjanya sebagai jurulatih olahraga di Sekolah Agnes Irwin pada November lalu selepas ahli komuniti sekolah membangkitkan kebimbangan terhadap hantaran perkongsian di media sosialnya yang menunjukkan beliau seorang pro-Palestin dan bersifat antisemitik.
Tindakan itu menjejaskan kerjaya wanita berketurunan Palestin-Amerika itu serta membuatkan beliau mula mempersoalkan dirinya, adakah dia harus berputus asa dari mengejar impiannya biarpun perjalanannya masih lagi jauh.
Ahli akademik menyifatkan tindakan mendiamkan penyokong pro-Palestin kerana sokongan terhadap rejim Israel di Amerika Syarikat adalah lebih dominan dari segi wacana dan politik serta menjadi ‘trend’ di negara kuasa besar itu.
“Kes ini menyentuh hak fundamental dan politik rakyat Amerika untuk menyuarakan pegangan mereka,” kata Profesor Undang-undang Rutgers dan penulis ‘The Racial Muslim: When Racism Quashes Religious Freedom’, Sahar Aziz dipetik The Philadelphia Inquirer.
“Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang tidak mempunyai kepercayaan sama seperti mereka yang lain, ini adalah bukti diskriminasi terhadap kumpulan itu dan juga ancaman kepada nilai kepercayaan Amerika,” katanya.
Sumber: Inquirer
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah