Antarabangsa
Dihalau sebab guna bahasa Arab, dua lelaki Muslim saman Alaska Airlines
Dua lelaki Muslim berkulit hitam telah memfailkan saman diskriminasi persekutuan terhadap Alaska Airlines, selepas mereka dihalau keluar dari pesawat syarikat penerbangan itu, sejurus sebelum berlepas hanya kerana mereka menghantar mesej dan bercakap dalam bahasa Arab.
- Dua lelaki Muslim berkulit hitam dihalau keluar dari pesawat hanya kerana mereka menghantar mesej dan bercakap dalam bahasa Arab.
- Seorang penumpang yang membuat aduan sebaik dia ternampak beberapa mesej teks mereka dan memberitahu kru pesawat itu yang kemudian bertindak menghalau kedua-dua lelaki itu.
- Kedua-dua mangsa cuba membuktikan kepada pengurus Alaska Airlines bahawa semua mesej teks mereka tiada unsur ancaman.
- Mereka memfailkan saman diskriminasi persekutuan terhadap syarikat penerbangan itu.
JUNEAU, Alaska: Dua lelaki Muslim berkulit hitam telah memfailkan saman diskriminasi persekutuan terhadap Alaska Airlines, selepas mereka dihalau keluar dari pesawat syarikat penerbangan itu, sejurus sebelum berlepas hanya kerana mereka menghantar mesej dan bercakap dalam bahasa Arab.
Menurut aduan yang difailkan pada Selasa (9 Ogos) di mahkamah daerah persekutuan, plaintif, Abobakkr Dirar dan Mohamed Elamin mendakwa mereka menaiki penerbangan dari Seattle ke San Francisco pada 17 Februari 2020, dan selepas duduk di kerusi kelas pertama pesawat itu, mereka mula bercakap dan menghantar mesej dalam bahasa Arab, lapor CNN.
Seorang lagi penumpang, yang tidak bercakap bahasa Arab, menurut aduan itu, terlihat beberapa mesej teks Dirar dan memberitahu kru pesawat itu yang kemudian bertindak menghalau kedua-dua lelaki itu daripada penerbangan berkenaan atas apa yang didakwa sebagai ‘isu tiket’.
Sebaik sahaja Dirar dan Elamin keluar dari pesawat berkenaan, mereka mengadakan perbincangan dengan seorang pengurus Alaska Airlines yang menterjemah mesej teks mereka yang dianggap bukan berbaur ancaman dari aspek keselamatan, namun secara tiba-tiba kedua-dua lelaki itu dikepung oleh beberapa penguatkuasa undang-undang, menurut aduan itu lagi.
Tambah aduan itu, Dirar dan Elamin menuntut ganti rugi daripada Alaska Airlines kerana berasa terhina dihalau keluar dari pesawat itu, dan dikelilingi oleh penguatkuasa undang-undang sambil diperhati dan dimalukan di hadapan penumpang lain.
Kedua-dua lelaki itu kemudiannya terpaksa menempah penerbangan berikutnya secara berasingan untuk ke San Francisco, tetapi mereka tiba ke destinasi beberapa jam lebih lewat daripada yang sepatutnya.
Peguam Dirar dan Elamin, Luis Segura, dalam satu kenyataannya memberitahu CNN bahawa Alaska Airlines boleh mengendalikan keadaan itu secara lebih profesional selepas mendapati dakwaan penumpang yang membuat aduan itu sama sekali tidak berasas.
Dalam pada itu, NBC News pula melaporkan kes saman yang difailkan di mahkamah persekutuan di Daerah Barat Washington itu, mendakwa Alaska Airlines telah mengaib dan menafikan hak Dirar dan Elamin sebagai penumpang dengan ‘mengeksploitasi tuntutan Islamofobia, perkauman dan xenofobia yang didiskreditkan’ individu lain dalam penerbangan itu.
Menurut aduan itu, plaintif, yang disifatkan sebagai warganegara Amerika Syarikat kelahiran Sudan yang kebanyakannya bertutur dalam bahasa Arab, sedang duduk di tempat duduk kelas pertama dalam penerbangan dari Seattle ke San Francisco pada 17 Februari 2020 apabila seorang penumpang lain menjadi cuak selepas melihat salah seorang daripada mereka (Dirar) menaip teks di telefon bimbitnya dalam bahasa Arab.
Sedangkan, tambah aduan itu, teks mesej berkenaan adalah gurauan mesra antara seorang lelaki dengan seorang individu lain yang tidak berada di atas pesawat berkenaan ketika itu.
Dalam hujahnya, Segura mendakwa bahawa pekerja syarikat penerbangan itu kemudian terlibat dalam sebuah ‘teater lakonan keselamatan’ dengan menghalau Dirar yang menghantar mesej telefon dalam bahasa Arab, dan Elamin yang bercakap dengan Dirar dalam bahasa Arab, keluar dari pesawat berkenaan.
Dalam aduan saman berkenaan juga mengatakan bahawa selepas kejadian itu, kedua-dua Dirar dan Elamin dilarang terbang bersama-sama dalam penerbangan Alaska Airlines yang telah ditempah, memaksa mereka menaiki penerbangan Alaska Airlines yang lain secara berasingan, sehingga masing-masing tiba beberapa jam lewat ke destinasi mereka.
Jurucakap Alaska Airlines berkata bahawa syarikat penerbangan itu tidak akan mengulas mengenai litigasi yang belum selesai tetapi ia menekankan bahawa syarikat itu melarang diskriminasi yang menyalahi undang-undang.
“Kami mengambil aduan sedemikian dengan sangat serius. Tanggungjawab terbesar kami ialah memastikan operasi penerbangan kami selamat setiap hari,” ujar jurucakap kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Segura yang merupakan peguam di bawah Majlis Hubungan Amerika-Islam, memberitahu NBC Newsbahawa seorang pengurus Alaska Airlines yang boleh berbahasa Arab telah menyemak mesej teks Dirar dan menganggapnya ia bukan berbaur ancaman terhadap keselamatan pesawat berkenaan.
Sumber: Harakah Daily
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini1 day ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa20 hours ago
Lelaki Muslim terbunuh, 17 cedera insiden berkaitan festival keagamaan Hindu