Antarabangsa
Bilik berita di India turut jadi ‘sarang’ islamofobia
Islamofobia yang dimarakkan sentimen ‘Hindu majoritarianism’ semakin menular di bilik berita, namun wartawan Muslim di India terus bertahan.

- Islamofobia yang dimarakkan sentimen ‘Hindu majoritarianism’ semakin menular di bilik berita, namun wartawan Muslim di India terus bertahan.
- Wartawan Muslim dilaporkan sudah terbiasa dengan kata-kata yang menyinggung perasaan secara terbuka oleh rakan sekerja berhubung laporan membabitkan konflik atau jenayah didakwa dilakukan orang Islam.
- “Sekiranya berlaku serangan pengganas di Srinagar, Kashmir, bilik berita akan melaporkan semua pengganas itu adalah orang Islam,” demikian kata seorang wartawan yang hanya dikenali sebagai ‘A’.
- Melaporkan berita membabitkan orang Islam di India bermakna membuat liputan berkaitan keganasan, trauma dan Islamofobia.
KANPUR – Islamofobia yang dimarakkan sentimen ‘Hindu majoritarianism’ semakin menular di bilik berita, namun wartawan Muslim di India terus bertahan.
Seorang wartawan yang bekerja di bilik berita berbahasa Hindi sejak 15 tahun lalu di bandar Kanpur di Uttar Pradesh berkata beliau sudah terbiasa dengan kata-kata menyinggung perasaan oleh rakan sekerjanya setiap kali berita ketegangan Hindu-Muslim dilaporkan.
“Sekiranya berlaku serangan pengganas di Srinagar, Kashmir, bilik berita akan melaporkan semua pengganas itu adalah orang Islam,” kata seorang wartawan dikenali sebagai “A” dipetik portal article14.
Katanya, jika tercetus sebarang konflik keganasan, langkah meredakannya adalah dengan mengatakan ‘umat Islam tidak akan pernah berubah. Mereka akan tetap buta huruf.
“Komen itu dianggap sebagai jenaka, dan saya sepatutnya ketawa,” kata wartawan yang tidak didedahkan identitinya itu.
A berkata walaupun rakan setugasnya sedar beliau berada di bilik berita, “mereka langsung tidak menjaga sensitiviti dalam pertuturan. Perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan semenjak 2014.”
A merujuk kepada tahun di mana bekas Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi, yang mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) berkuasa di kerajaan pusat sebagai Perdana Menteri.
Dua penggal pemerintahan Modi menandakan era majoriti agama Hindu yang menghalalkan penindasan terhadap minoriti dan media.
Wakil Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) di India, Kunal Majumder berkata pihaknya menyaksikan bagaimana wartawan Muslim dijadikan sasaran kerana agama mereka.
Sejak 2021, banyak wanita Muslim, termasuk wartawan, menjadi sasaran menerusi dua aplikasi iaitu Sulli Deals dan Bulli Bai, di mana maklumat mereka di media sosial didedahkan untuk “dilelong”.
Majoriti wartawan yang ditahan pihak berkuasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga adalah wartawan Muslim.
Kayyalakkath dari Maktoob Media’s Kayyalakkath berkata cara bilik berita di melaporkan isu Muslim di India juga agak bermasalah.
“Kita ada idea di mana membuat liputan berkaitan orang Islam bermakna membuat liputan keganasan, trauma dan Islamofobia,” katanya.
Sumber: Article 14
