Terkini
Bayi mati dikahwinkan untuk tangkis roh jahat
Lazimnya, pasangan pengantin hadir ke majlis perkahwinan dalam keadaan masih bernyawa. Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi perkahwinan Chadappa dan Shobha di Karnataka, India pada Julai lalu apabila tetamu yang hadir tidak dapat melihat pasangan itu.

- ‘Pengantin bayi’ itu telah meninggal dunia hampir 30 tahun lalu ketika masih bayi, namun keluarga ‘menyatukan’ mereka sebagai suami isteri, ia sebahagian daripada tradisi Pretha Kalyanam atau dikenali ‘perkahwinan orang mati’.
- Mengikut kepercayaan, penyatuan dua orang yang sudah meninggal dunia boleh membantu menangkis roh jahat yang membawa nasib malang kepada keluarga.
- Melaluinya, roh yang tidak tenang kerana dinafikan peluang berkahwin ketika hayatnya dapat ditenangkan.
- Jika tidak, nasib malang mungkin menimpa keluarga seperti menyebabkan kesukaran kepada mana-mana wanita untuk hamil.
- Upacara itu difahamkan masih diamalkan etnik di negeri seperti Kerela dan Karnataka di mana sambutan pada malam berlangsung seperti perkahwinan Hindu biasa dan mengikut upacara Saptapadi.
- Selain India, tradisi luar biasa itu turut dijalankan di China, Jepun, Sudan Selatan dan Perancis mengikut budaya masing-masing.
New Delhi: Lazimnya, pasangan pengantin hadir ke majlis perkahwinan dalam keadaan masih bernyawa.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi perkahwinan Chadappa dan Shobha di Karnataka, India pada Julai lalu apabila tetamu yang hadir tidak dapat melihat pasangan itu.
Menurut Harian Metro memetik Mirror UK dilaporkan, pengantin itu sudah meninggal dunia hampir 30 tahun lalu iaitu ketika masih bayi, namun keluarga ‘menyatukan’ mereka sebagai suami isteri, sebagai sebahagian daripada tradisi Pretha Kalyanam atau dikenali ‘perkahwinan orang mati’.
Upacara itu difahamkan masih diamalkan etnik yang tinggal di negeri seperti Kerela dan Karnataka.
Sambutan pada malam berlangsung seperti perkahwinan Hindu biasa dan mengikut upacara Saptapadi.
Mengikut kepercayaan, penyatuan dua orang yang sudah meninggal dunia boleh membantu menangkis roh jahat yang membawa nasib malang kepada keluarga.
Sesetengahnya berpendapat bayi dan remaja di bawah 18 tahun yang sudah meninggal dunia boleh disatukan dalam ‘perkahwinan roh’ serta melengkapkan kitaran kehidupan.
Melaluinya, mana-mana roh yang tidak tenang kerana dinafikan peluang untuk berkahwin ketika hayatnya akan dapat ditenangkan.
Jika tidak, nasib malang mungkin menimpa keluarga seperti menyebabkan kesukaran kepada mana-mana wanita untuk hamil.
Ibu Shobha, Jayanthi memberitahu Vice World News yang anak lelakinya bakal berkahwin tidak lama lagi.
“Namun, sebelum itu kami mahu anak perempuan yang sudah meninggal dunia dikahwinkan supaya rohnya gembira dan memberkati keluarga pada masa hadapan,” katanya.
Sekurang-kurangnya dua perkahwinan jenis itu berlangsung di Kerala pada 2017 tetapi jumlah sebenar di seluruh India tidak diketahui kerana tidak berdaftar.
Selain India, tradisi luar biasa itu turut dijalankan di China, Jepun, Sudan Selatan dan Perancis mengikut budaya masing-masing.
Sumber : Harian Metro

You must be logged in to post a comment Login