Connect with us

Antarabangsa

Amerika Syarikat negara pelanggar hak asasi paling teruk di dunia

Amerika Syarikat menjadi pelanggar hak asasi manusia paling teruk di dunia sejak berakhirnya perang dunia kedua, demikian menurut penganalisis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Amerika Syarikat negara pelanggar hak asasi paling teruk di dunia
Foto: Sumber Xinhua.
  • Amerika Syarikat (AS) mendahului kesemua negara dalam memulakan peperangan, penduduk haram, jenayah terhadap kemanusiaan dan menyokong konflik proksi.
  • AS menjadi “pelanggar hak asasi manusia paling besar” menurut Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Barat dan Afrika Utara di Universiti Muslim Aligarh di India, Jawaid Iqbal.
  • Kajian Persatuan Kajian Hak Asasi Manusia China mendapati AS melakukan beberapa siri jenayah serius “yang melanggar undang-undang antarabangsa”.
  • AS juga menunjukkan “diskriminasi dan kekurangan integriti yang amat jelas melalui sokongan berterusan negara itu terhadap penjajahan rejim Israel ke atas wilayah Palestin.

Amerika Syarikat menjadi pelanggar hak asasi manusia paling teruk di dunia sejak berakhirnya perang dunia kedua, demikian menurut penganalisis.

Apabila bercakap mengenai memulakan peperangan, penduduk haram, jenayah terhadap kemanusiaan dan menyokong konflik proksi, ramai antara mereka mengatakan AS mendahului kesemua negara. 

Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Barat dan Afrika Utara di Universiti Muslim Aligarh di India, Jawaid Iqbal berkata Amerika Syarikat muncul sebagai “pelanggar hak asasi manusia paling besar”. 

“Kerajaan AS cuba menyembunyikan pencabulan ini dengan menggunakan bahasa demokrasi dan peraturan, tindakan yang akhirnya mengakibatkan pengurangan hak asasi manusia,” katanya dipetik Chinadaily. 

Awal minggu ini, Persatuan Kajian Hak Asasi Manusia China menerbitkan kajian yang mendapati AS melakukan beberapa siri jenayah serius “yang melanggar undang-undang antarabangsa”.

Ini termasuk jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, denda/saman sesuka hati, penyeksaan banduan dan sekatan unilateral di timur tengah dan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik yang menyebabkan kemudaratan meluas.

“Hak ekonomi, politik, sivil dan budaya kami dilanggar setiap hari,” kata bekas Dekan Fakulti Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi di Universiti Swasta Al-Sham di Damsyik, Khaled Almasri.

Sejak perang saudara tercetus pada 2011, Syria dibahagikan kawasannya dan menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal serta mencetuskan krisis kemanusiaan. 

Negara itu masih belum pulih kerana usaha pemulihan sering dihalang sekatan, rasuah dan perang proksi.

Menurut Agensi Berita Arab Syria, tentera AS memindahkan konvoi 40 kenderaan yang membawa minyak, peralatan logistik dan ketenteraan keluar negara konflik Syria pada Julai lalu.

“Sekatan ekonomi ini umpama memijak hak asasi manusia. Mencuri sumber kami adalah pelanggaran hak asasi manusia,” kata Almasri.

Walaa Sabah, pegawai jangkauan komuniti dan rakan kongsi laman sesawang We Are Not Numbers yang merupakan sebuah projek Palestin yang diketuainya di Gaza berkata, rakyat Palestin hidup di bawah penjajahan “selama lebih 72 tahun sekarang, apatah lagi rakyat Gaza yang tinggal di penjara terbuka terbesar dunia selama 15 tahun”.

AS juga menunjukkan “diskriminasi dan kekurangan integriti yang amat jelas melalui sokongan berterusan mereka terhadap penjajahan Israel terhadap kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah selama pencerobohan rejim zionis di Gaza di mana lebih 15 kanak-kanak dibunuh beramai-ramai.. tidak dilupakan juga pembunuhan wartawan terkenal Shireen Abu Akleh,” kata Sabah.

Abu Akleh, seorang wartawan veteran Palestin dari TV Al Jazeera, dipercayai mati ditembak rejim zionis ketika membuat liputan serbuan tentera pada 11 Mei lalu.

Sumber: China Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *