Connect with us

Terkini

Tukar peguam: helah tangguh perbicaraan yang tidak beretika – Haniff Khatri

Helah pertukaran peguam bagi menangguhkan sesebuah kes perbicaraan adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip serta etika pengamal undang-undang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

tukar peguam haniff khatri
Foto: Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
  • Peguam tidak boleh mengambil arahan guaman baharu melainkan dia sudah bersedia untuk menghadiri mahkamah.
  • Mahkamah Persekutuan boleh bertanya kenapa peguam yang telah ditetapkan tarikh perbicaraannya bersetuju mengambil kes baru. 
  • Peguam tidak boleh beri alasan tidak bersedia ambil kes kerana baharu sahaja mengambil alih kes.

KUALA LUMPUR – Helah pertukaran peguam bagi menangguhkan sesebuah kes perbicaraan adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip serta etika pengamal undang-undang.

Perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang-Undang (Praktis dan Etika) 1978 yang digubal di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Menurut peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, “berdasarkan Kaedah 6 di bawah Kaedah Amalan Guaman akta tersebut antara lain mengatakan seseorang peguam tidak boleh mengambil arahan guaman baharu melainkan dia sudah bersedia untuk menghadiri mahkamah”.

“Jadi berpandukan kaedah ini, Mahkamah Persekutuan boleh bertanya kepada peguam kenapa dia bersetuju untuk mengambil kes yang tarikh perbicaraannya telah ditetapkan.

“Jadi peguam tidak boleh katakan kepada mahkamah yang dia tidak bersedia untuk mengambil kes kerana masih belum bersedia kerana baharu sahaja mengambil alih kes,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Jelas Mohamed Hanif, hakim boleh memakai prinsip tersebut dalam menggunakan budi bicaranya ketika memberikan keputusan terhadap sesuatu permohonan penangguhan.

Sementara itu, jika hakim menolak permohonan penangguhan maka semua pihak harus menerima keputusan tersebut dan tidak boleh mengatakan ia sebagai tidak adil kerana ia dibuat berdasarkan kepada prinsip perundangan dan kehakiman.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *