Connect with us

Terkini

Agenda “New Malaysia” kian tersebar, konflik perkauman dikhuatiri berlaku – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Agenda “New Malaysia” yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi media sosial dibimbangi bakal mencetuskan konflik di antara kaum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

agenda new malaysia
  • Agenda “New Malaysia” yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi media sosial dibimbangi bakal mencetuskan konflik di antara kaum.
  • Trend penyalahgunaan media sosial seperti penyebaran berita palsu, salah faham dan memutarbelitkan kebenaran semakin membimbangkan.
  • Situasi ini akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada sekaligus menyebabkan kekeliruan yang boleh mengancam keharmonian negara.

KUALA LUMPUR – Agenda baru “New Malaysia” yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi media sosial dibimbangi bakal mencetuskan konflik terbuka di antara kaum, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Zamri Yahya.

Menurutnya, trend penyalahgunaan media sosial masa kini semakin membimbangkan berikutan kes penyebaran berita palsu dan salah faham bertujuan memutarbelitkan kebenaran.

“Penyalahgunaan ini akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada.

“Orang ramai semakin keliru dan jadi tidak menentu kerana maklumat telah diselewengkan sekali gus timbulkan kegusaran dan mengancam keharmonian negara,” katanya menerusi laporan Bernama pada Selasa.

Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa beliau menjadi panel jemputan bertajuk “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di Putrajaya.

Tambahnya lagi, serangan bersifat sedemikian amat berbahaya kerana dikhuatiri boleh mengundang provokasi perkauman, keagamaan sekiranya tidak dikawal.

“Misalnya insiden di Puchong baru-baru ini, di mana seorang individu dibelasah orang ramai susulan kenyataan dibuatnya menghina Nabi Muhammad SAW,” jelasnya.

Terdahulu pada Ahad lepas, polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang didakwa menghina agama Islam selepas videonya tular di media sosial, di sebuah rumah terletak di Puchong.

Sumber : Bernama

 

Author