Connect with us

Antarabangsa

Pelajar di India diserang kerana status kasta Dalit

Seorang pelajar pascasiswazah tahun akhir dari sebuah kolej pergigian di Bengaluru berketurunan Dalit memfailkan aduan polis pada Khamis lalu mendakwa diserang lima pelajar dari Kerala di daerah Dakshina Kannada, demikian lapor Hindustan Times.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelajar di India diserang kerana status kasta Dalit
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pelajar pascasiswazah tahun akhir di sebuah kolej pergigian di Bengaluru yang berketurunan Dalit mendakwa diserang lima pelajar kerana status kastanya.
  • Pallavi yang merupakan pelajar pascasiswazah tahun akhir di kolej itu diserang ketika dalam perjalanan pulang ke asrama bersama abangnya Hanif, dan rakannya Harish pada 21 Disember lalu.
  •  “Saya mengadu kepada pengetua kolej dan ketua jabatan pada 22 Disember lalu mengenai kejadian itu. Tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
  • Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Seorang pelajar pascasiswazah tahun akhir dari sebuah kolej pergigian di Bengaluru berketurunan Dalit memfailkan aduan polis pada Khamis lalu mendakwa diserang lima pelajar dari Kerala di daerah Dakshina Kannada, demikian lapor Hindustan Times.

Pelajar itu, Pallavi mendakwa diserang pelajar terbabit kerana status kastanya ketika dia bersama abang dan rakannya dalam perjalanan pulang ke asrama pada waktu malam 21 Disember lalu.

“Saya mengadu kepada pengetua kolej dan ketua jabatan pada 22 Disember lalu mengenai kejadian itu. Tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya dimasukkan ke hospital Mysuru selepas mengalami kecederaan ringan dan kemudiannya dipindahkan ke hospital Bengaluru di mana saya masih menjalani rawatan,” kata Pallavi dalam aduannya.

Seorang daripada tertuduh memfailkan aduan balas terhadap Pallavi, abangnya dan dua orang lain kerana mengugut dan menyerangnya dengan tuil bicu.

Vishak yang merupakan pelajar tahun tiga kolej sama mendakwa sebuah kereta Innova mengekorinya ketika dia keluar menghantar rakannya kira-kira jam 10.30 malam.

“Pallavi, abangnya Hanif, dan Harish yang merupakan pelajar kolej yang sama serta seorang lagi yang tidak dikenali menghampiri saya, memegang kolar rakan saya, melemparkan kata-kata kasar ke arahnya dan menyerangnya dengan tuil bicu,” kata Vishak dalam aduannya.

Menurutnya, Pallavi menyerang Daya yang merupakan rakan sekolejnya beberapa hari lalu.

Polis Sullia mendaftarkan kes di bawah Seksyen 324, 504 R/W 34 Kanun Keseksaan India terhadap Pallavi, Hanif, abangnya dan orang yang tidak dikenali itu.

Berdasarkan aduan Dr Pallavi, polis mendaftarkan kes terhadap lima individu terbabit di bawah akta kekejaman SC/ST dan seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan India.

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber: Hindustan Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *