Connect with us

Antarabangsa

Trend hisap ‘vape’ mengandungi dadah makin membimbangkan di Singapura

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pada Selasa lalu, anggota parlimen (AP) Christopher de Souza bertanya sama ada terdapat tindakan yang diambil untuk membanteras “trend baharu muncul” di mana pengedar dadah menyembunyikan dadah terkawal dalam vape, khususnya di pusat-pusat pemeriksaan Singapura.
  • Pertanyaan de Souza susulan soalan AP Wan Rizal awal bulan ini mengenai sokongan bagi golongan muda yang didapati menggunakan vape mengandungi dadah seperti etomidate dan ketamine.

SINGAPURA — Para penggubal undang-undang, penyedia khidmat sosial, ibu bapa dan belia di Singapura semakin lantang menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan alat vape untuk mengambil dadah.

Tahun ini sahaja walaupun baru memasuki bulan kedua, topik tersebut sudah beberapa kali dibangkitkan di parlimen.

Pada Selasa lalu, anggota parlimen (AP) Christopher de Souza bertanya sama ada terdapat tindakan yang diambil untuk membanteras “trend baharu muncul” di mana pengedar dadah menyembunyikan dadah terkawal dalam vape, khususnya di pusat-pusat pemeriksaan Singapura.

Dalam satu jawapan bertulis, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam berkata pihak berkuasa sedang bekerjasama untuk mengesan, mencegah dan menjalankan pemeriksaan sebelum ketibaan di pusat pemeriksaan.

Beliau juga berkata kes-kes sedemikian kekal kecil jumlahnya berbanding keseluruhan kes dadah yang dirampas.

Pertanyaan de Souza susulan soalan AP Wan Rizal awal bulan ini mengenai sokongan bagi golongan muda yang didapati menggunakan vape mengandungi dadah seperti etomidate dan ketamine.

Etomidate merupakan bahan bius yang diklasifikasikan sebagai racun, sementara ketamine adalah dadah terkawal.

Pada Januari, beberapa AP juga membangkitkan soalan mengenai penilaian pemerintah terhadap risiko vape digunakan sebagai alat bagi dadah, dan sama ada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan mempertimbangkan untuk memasukkan vape sedemikian dan peralatan berkaitan dalam satu kategori di bawah rangka kerja sama seperti dadah.

Menjawab pertanyaan tersebut, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Muhammad Faishal Ibrahim berkata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) sudah berdepan beberapa kes sedemikian, yang membentuk sebahagian kecil kegiatan vape di Singapura.

Pada awal tahun ini, pihak berkuasa menemui dan merampas beberapa “Kpods” – jus vape yang dicampur dengan etomidate.

Pada April 2024, 65 vape disyaki mengandungi kompaun psikoaktif utama dalam ganja juga dirampas semasa satu serbuan dijalankan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp. seorang jurucakap CNB berkata memang wujud di mana vape digunakan untuk mengambil dadah.

CNB menambah individu yang air kencingnya didapati positif bagi dadah terkawal, tidak kira bagaimana ia diambil, akan disiasat di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA).

“Memiliki sebarang peralatan atau bahan, termasuk vape, untuk mengambil dadah terkawal, adalah kesalahan di bawah seksyen 9 MDA,” kata jurucakap CNB itu. -The Merdeka Times

Author