Connect with us

Antarabangsa

Hampir dua pertiga pekerja bantuan terbunuh pada 2024 adalah di Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Lebih ramai pekerja bantuan terkorban pada 2024 berbanding tahun lain dalam rekod, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • Sekurang-kurangnya 281 pekerja bantuan terbunuh di 19 negara, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 280 pekerja bantuan yang terbunuh pada 2023, menurut data Pangkalan Data Keselamatan Pekerja Bantuan (AWDS) dipetik Al Jazeera.
  • Hampir dua pertiga (178) pekerja kemanusiaan terbunuh berada di Palestin. Daripada jumlah itu, 175 pekerja bantuan dibunuh Israel di Gaza dan tiga lagi dibunuh rejim zionis di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
  • Sekurang-kurangnya 333 pekerja kemanusiaan di Gaza terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut PBB.

Lebih ramai pekerja bantuan terkorban pada 2024 berbanding tahun lain dalam rekod, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekurang-kurangnya 281 pekerja bantuan terbunuh di 19 negara, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 280 pekerja bantuan yang terbunuh pada 2023, menurut data Pangkalan Data Keselamatan Pekerja Bantuan (AWDS) dipetik Al Jazeera.

Hampir dua pertiga (178) pekerja kemanusiaan terbunuh berada di Palestin.

Daripada jumlah itu, 175 pekerja bantuan dibunuh Israel di Gaza dan tiga lagi dibunuh rejim zionis di wilayah Tebing Barat yang diduduki.

Sekurang-kurangnya 333 pekerja kemanusiaan di Gaza terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut PBB.

Pekerja bantuan, juga dipanggil pekerja kemanusiaan, adalah kritikal dalam menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa kepada komuniti terjejas akibat krisis seperti konflik, bencana alam atau kemiskinan.

Mereka mengedarkan makanan, menyediakan tempat tinggal, menawarkan rawatan perubatan, memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi, dan menyampaikan perkhidmatan pengurusan krisis penting yang lain.

Pekerja kemanusiaan biasanya bekerja dengan organisasi non-profit (tidak membuat untung), termasuk agensi PBB, Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan kebangsaan.

Majoriti pekerja bantuan adalah kakitangan tempatan yang memainkan peranan utama dalam menyampaikan bantuan, disokong pekerja antarabangsa yang menyediakan kepakaran dan sumber tambahan.

Di Gaza, kebanyakan pekerja bantuan bekerja dengan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA).

Sejak 7 Oktober, sekurang-kurangnya 243 daripada 13,000 kakitangan UNRWA telah terbunuh, nisbah satu daripada setiap 50 pekerja, jumlah kematian kakitangan tertinggi dalam sejarah PBB.

Di luar Palestin, sekurang-kurangnya 103 pekerja bantuan terbunuh tahun ini, termasuk 25 di Sudan, 11 di Ukraine dan 11 di Republik Demokratik Congo (DRC). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *