Antarabangsa
ICC tangguh waran tangkap Netanyahu lebih lima bulan
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berdepan dakwaan hipokrit kerana menangguhkan permohonan waran tangkap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoavav Gallant selama lebih lima bulan berbanding waran untuk Presiden Russia, Vladimir Putin yang diluluskan hanya dalam 24 hari.
- Anadolu pada Selasa melaporkan permintaan untuk waran tangkap Netanyahu, Gallant dan tiga pemimpin Hamas itu, dikemukakan Pejabat Pendakwa ICC pada 20 Mei lalu, tetapi berdepan halangan sistematik daripada Israel dan sekutunya.
- Dilaporkan, kelewatan berpanjangan dalam siasatan Palestin itu berpunca daripada operasi pengintipan rejim Israel yang menyasarkan ICC dan pegawainya selain penarikan balik hakim yang menyemak kes itu.
- Komplikasi juga timbul selepas sekutu Israel, United Kingdom (UK) mencabar bidang kuasa ICC berikutan dakwaan salah laku dikenakan terhadap Pendakwa Karim Khan.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berdepan dakwaan hipokrit kerana menangguhkan permohonan waran tangkap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoavav Gallant selama lebih lima bulan berbanding waran untuk Presiden Russia, Vladimir Putin yang diluluskan hanya dalam 24 hari.
Anadolu pada Selasa melaporkan permintaan untuk waran tangkap Netanyahu, Gallant dan tiga pemimpin Hamas itu, dikemukakan Pejabat Pendakwa ICC pada 20 Mei lalu, tetapi berdepan halangan sistematik daripada Israel dan sekutunya.
ICC dilaporkan bertindak pantas dalam kes berkaitan Ukraine, mengeluarkan waran tangkap untuk enam pegawai Russia, termasuk Putin, dalam hanya beberapa bulan.
Sebaliknya, tiada waran tangkap yang dikeluarkan dalam kes Gaza sejak penyiasatan dimulakan pada 2019, sekaligus menunjukkan kelewatan ketara dan persepsi layanan “double standard”.
Dilaporkan, kelewatan berpanjangan dalam siasatan Palestin itu berpunca daripada operasi pengintipan rejim Israel yang menyasarkan ICC dan pegawainya selain penarikan balik hakim yang menyemak kes itu.
Komplikasi juga timbul selepas sekutu Israel, United Kingdom (UK) mencabar bidang kuasa ICC berikutan dakwaan salah laku dikenakan terhadap Pendakwa Karim Khan. – The Merdeka Times