Terkini
Terengganu mulakan sesi persekolahan dengan al-Quran dan terjemahan
Semua sekolah rendah dan menengah di Terengganu bermula tahun ini akan memulakan setiap sesi persekolahan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan selama 15 minit bermula jam 7.30 pagi hingga jam 7.45 pagi.
- Bermula tahun ini, semua sekolah rendah dan menengah di Terengganu memulakan setiap sesi persekolahan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan selama 15 minit bermula jam 7.30 pagi hingga jam 7.45 pagi.
- Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata proses itu akan diketuai murid dan pelajar dengan bimbingan dua guru bagi setiap kelas.
- “Insya-Allah satu helai ayat sehari dan kita di sini memang salah satu KPI kepada Pengarah Pendidikan Terengganu apabila anak anak kita di sekolah rendah tamat di sekolah rendah. Kita harapkan boleh khatam al-Quran”, katanya dipetik media tempatan di Program Pelancaran al-Quran Di Hati peringkat negeri yang disempurnakan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Sekolah Kebangsaan (SK) Serada di Kuala Terengganu, pada Isnin.
- Program Al-Quran Di Hati itu bakal melibatkan penyertaan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di 352 sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga di 154 sekolah menengah.
KUALA LUMPUR — Bermula tahun ini, semua sekolah rendah dan menengah di Terengganu memulakan setiap sesi persekolahan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan selama 15 minit bermula jam 7.30 pagi hingga jam 7.45 pagi.
Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata proses itu akan diketuai murid dan pelajar dengan bimbingan dua guru bagi setiap kelas.
Jelani berkata bacaan dan terjemahan satu muka surat setiap hari persekolahan itu akan direkodkan dalam pencapaian al-Quran.
“Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung, semua warga guru dan murid dikehendaki membaca al Quran dan juga tafsiran dalam tempoh 15 minit.
“Insya-Allah satu helai ayat sehari dan kita di sini memang salah satu KPI kepada Pengarah Pendidikan Terengganu apabila anak anak kita di sekolah rendah tamat di sekolah rendah. Kita harapkan boleh khatam al-Quran”, katanya dipetik media tempatan di Program Pelancaran al-Quran Di Hati peringkat negeri yang disempurnakan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Sekolah Kebangsaan (SK) Serada di Kuala Terengganu, pada Isnin.
Jelani menjelaskan program diberi nama program Al-Quran Di Hati itu bakal melibatkan penyertaan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di 352 sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga di 154 sekolah menengah.
Beliau berkata program itu bukan sahaja diadakan untuk melahirkan generasi celik al-Quran malah dapat melahirkan generasi soleh, pintar, rabbani dan murabbi.
Program al-Quran Di Hati antara agenda Peneraju Transformasi Pendidikan (PTP) JPNT bagi melahirkan murid dan pelajar membudayakan pembacaan ayat suci pada setiap hari bagi memastikan mereka celik al-Quran selepas tamat tahun enam, katanya. — The Merdeka Times