Connect with us

Terkini

(VIDEO) Islamofobia sengaja diadakan, jadi ‘industri’ bernilai bilion dolar

Kajian Council on American-Islamic Relations (CAIR) mendapati ‘pasaran’ industri Islamofobia bagi menghasilkan imej buruk berkaitan agama Islam kini bernilai USD 1.5 bilion, berbanding pada 2014 yang berjumlah USD 206 juta.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Kajian Council on American-Islamic Relations (CAIR)  mendapati ‘pasaran’ industri Islamofobia bagi menghasilkan imej buruk berkaitan agama Islam kini bernilai USD 1.5 bilion, berbanding pada 2014 yang berjumlah USD 206 juta.
  • Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memetik kajian itu bagi menjawab pertanyaan seorang individu tentang sama ada dalam konteks global, Islamofobia sengaja diadakan untuk memberi imej dan perspektif negatif terhadap Islam.
  • Tidak menafikan perkara itu, Firdaus Wong menjelaskan usaha memburukkan Islam berlaku kerana Islamofobia yang hari ini telah menjadi ‘Islamodium’  (kebencian pada Islam) merupakan satu industri yang mempunyai nilai berbilion dolar sebagaimana dapatan kajian CAIR.
  • “Pada 2014, CAIR membuat kajian dan mendapati Islamofobia market dia berjumlah USD 206 juta bagi menghasilkan imej-imej negatif Islam dan mereka akan menjemput orang yang dipanggil ‘Muslim’ dan ‘pakar’ Islam untuk mewakili bercakap tentang Islam, tetapi sebenarnya mereka itu adalah Muslim yang kita kategorikan sebagai ‘liberal’.
  • “Selang beberapa tahun kemudian CAIR sekali lagi membuat kajian dan tadi USD 206 juta diberikan kepada 74 organisasi di Amerika Syarikat (AS), kali ini kajian mereka mendapati money trail… Mereka mendapati industri Islamofobia bernilai USD 1.5 bilion,” kata Firdaus Wong menerusi klip video dikongsikan di media sosial beliau bertajuk, ‘Fakta Islamofobia ini akan mengejutkan anda’.

KUALA LUMPUR — Kajian Council on American-Islamic Relations (CAIR)  mendapati ‘pasaran’ industri Islamofobia bagi menghasilkan imej buruk berkaitan agama Islam kini bernilai USD 1.5 bilion, berbanding pada 2014 yang berjumlah USD 206 juta.

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memetik kajian itu bagi menjawab pertanyaan seorang individu mengenai sama ada dalam konteks global, Islamofobia sengaja diadakan untuk memberi imej dan perspektif negatif terhadap Islam.

Tidak menafikan perkara itu, Firdaus Wong menjelaskan usaha memburukkan Islam berlaku kerana Islamofobia yang hari ini telah menjadi ‘Islamodium’ (kebencian pada Islam) merupakan satu industri yang mempunyai nilai berbilion dolar sebagaimana dapatan kajian CAIR.

Beliau berkata antara tindakan mereka adalah dengan menjemput ‘Muslim liberal’ sebagai wakil bercakap tentang Islam, sekaligus mengetepikan Muslim ‘berserban’ dan bertudung yang digelar kelompok terbabit sebagai mundur dan Muslim yang ditindas.

“Pada 2014, CAIR membuat kajian dan mendapati Islamofobia market dia berjumlah USD 206 juta bagi menghasilkan imej-imej negatif Islam dan mereka akan menjemput orang yang dipanggil ‘Muslim’ dan ‘pakar’ Islam untuk mewakili bercakap tentang Islam, tetapi sebenarnya mereka itu adalah Muslim yang kita kategorikan sebagai ‘liberal’.

“Selang beberapa tahun kemudian CAIR sekali lagi membuat kajian dan tadi USD 206 juta diberikan kepada 74 organisasi di Amerika Syarikat (AS), kali ini kajian mereka mendapati money trail… Mereka mendapati industri Islamofobia bernilai USD 1.5 bilion,” kata Firdaus Wong menerusi klip video dikongsikan di media sosial beliau bertajuk, ‘Fakta Islamofobia ini akan mengejutkan anda’.

Firdaus Wong berkata AS adalah antara penyumbang kepada wujudnya Islamofobia menerusi yayasan seperti gereja, politik Yahudi, media dan sebagainya, malah Malaysia sendiri juga mempunyai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana daripada yayasan dari negara Barat itu.

Berikutan itu,  beliau berkata bukan hal mengejutkan jika setiap satu atau dua minggu pasti akan ada berita tentang Islam tidak diketahui asal usulnya, namun tiba-tiba dibangkitkan di negara ini, sedangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan di Malaysia.

Misalnya, berita tentang seorang datuk berusia 60 tahun berkahwin dengan kanak-kanak 12 tahun yang berlaku di Yaman atau Afrika, namun disuarakan di Malaysia seolah-olah ia berlaku di negara ini.

“Di Malaysia bila cerita tentang perkahwinan bawah umur Muslim sahaja kena, kita je yang kena mempertahankan, betul?

“Tetapi ketika Datuk Seri Wan Azizah dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan dia juga adalah Menteri (Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) dia memberikan jawapan di dalam Parlimen yang mengatakan berdasarkan statistik  di Malaysia lebih 60 peratus adalah Muslim, tiga group lebih 30 peratus adalah non- Muslim.

“Tetapi yang banyak terlibat dalam perkahwinan bawah umur di Malaysia adalah non-Muslim, dari segi ratio nya Muslim masih rendah, tetapi kenapa highlightnya adalah Muslim?,” kata Firdaus Wong.

Beliau berkata situasi berkenaan menunjukkan tanpa sedar ketika kita membaca berita daripada media, ada kandungan yang bersifat ‘penyusupan’ yang sebenarnya menanam benih kebencian pada ajaran Islam dan Muslim sendiri.

“Hari ini bila kita tengok Muslim kita kadang-kadang tidak tengok dengan rahmah, kita tengok dengan benci sebab apa?

“Sebab apa yang kita baca telah mempengaruhi cara kita berfikir dengan cara kita bertindak sebab kita tak ada kemampuan untuk double check (kesahihan) banyak benda so memang industri Islamofobia ini adalah satu industri yang cukup besar,” katanya. —- The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *