Connect with us

Terkini

Isu sekolah bangsa Johor: Malaysia sudah banyak jenis sekolah, elak bekerja dalam ‘silo’

Malaysia sudah mempunyai banyak jenis sekolah seperti sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, agama dan sekolah jenis kebangsaan, justeru kewujudan Sekolah Bangsa Johor dilihat akan menambahkan satu lagi jenis sekolah di negara kecil ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Timbalan Pengerusi Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed.
  • Malaysia sudah mempunyai banyak jenis sekolah seperti sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, agama dan sekolah jenis kebangsaan justeru kewujudan Sekolah Bangsa Johor dilihat akan menambahkan satu lagi jenis sekolah di negara kecil ini.
  • Demikian kata bekas Timbalan Pengerusi Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed ketika mengulas tentang projek rintis pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor yang kini sedang digerak dan dimulakan di negeri itu.
  • “Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti tidak semesti hanya kepada rakyat Malaysia di negeri Johor… Saya pasti niat Baginda sangat ikhlas dan murni mahukan satu sistem pendidikan yang terbaik buat rakyat Johor. 
  • “Saya mohon berbanyak maaf bertanya – dalam sebuah negara federalisme yang kecil yang berpendapatan sederhana bolehkah kita biarkan setiap negeri membuat perancangan pendidikan mereka sendiri? 
  • “Bidang kuasa, tanggungjawab dan perbelanjaan pendidikan adalah bawah Kerajaan Persekutuan. 
  • “Negara kecil kita sudah punya banyak jenis sekolah… dan Sekolah Bangsa Johor akan menambahkan lagi satu lagi jenis sekolah di Malaysia. Bagaimana pulak jika negeri-negeri lain meminta perkara yang sama – di mana titik pertemuan kita dalam pendidikan sebagai sebuah negara federalisme?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Malaysia sudah mempunyai banyak jenis sekolah seperti sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, agama dan sekolah jenis kebangsaan, justeru kewujudan Sekolah Bangsa Johor dilihat akan menambahkan satu lagi jenis sekolah di negara kecil ini.

Demikian kata bekas Timbalan Pengerusi Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed ketika mengulas tentang projek rintis pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor yang kini sedang digerak dan dimulakan di negeri itu.

Sekolah Bangsa Johor itu dijangka dilaksanakan tahun depan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang akan dikenal pasti berdasarkan beberapa indikator signifikan digariskan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), lapor Media Digital Johor pada Ahad.

“Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti tidak semesti hanya kepada rakyat Malaysia di negeri Johor… Saya pasti niat Baginda sangat ikhlas dan murni mahukan satu sistem pendidikan yang terbaik buat rakyat Johor. 

“Saya mohon berbanyak maaf bertanya – dalam sebuah negara federalisme yang kecil yang berpendapatan sederhana bolehkah kita biarkan setiap negeri membuat perancangan pendidikan mereka sendiri? 

“Bidang kuasa, tanggungjawab dan perbelanjaan pendidikan adalah bawah Kerajaan Persekutuan. 

“Negara kecil kita sudah punya banyak jenis sekolah… dan Sekolah Bangsa Johor akan menambahkan lagi satu lagi jenis sekolah di Malaysia. Bagaimana pulak jika negeri-negeri lain meminta perkara yang sama – di mana titik pertemuan kita dalam pendidikan sebagai sebuah negara federalisme?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Tunku Ismail pada 9 Mei lalu dilaporkan bertitah supaya silibus mata pelajaran di sekolah yang tidak lagi relevan diperbaharui.

Baginda menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada rakyat Johor kerana ia asas kemajuan negeri itu dan penting bagi menyelesaikan pelbagai isu, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi generasi akan datang. 

Baginda bertitah jika perubahan itu tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional, maka Johor akan memulakan langkah berkenaan dengan menjadi negeri pertama menggubah silibus-silibus di sekolah negeri itu.

Abdul Rashid berpandangan adalah lebih baik sugutan dan sebarang cadangan berkenaan isu pendidikan dan silibus subjek di sekolah dibawa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diteliti Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). 

Beliau berkata dalam hal ini kita perlu bekerjasama, bukan bekerja dalam ‘silo’ dan bersendirian di mana BPK boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Khas dengan mengambil pakar dan pihak berkepentingan yang boleh menyumbang kepada pembaharuan kurikulum dan silibus sekolah rendah juga menengah.

Katanya, dalam hal itu juga kita perlu mengambil kira keperluan negara terlebih dahulu sebelum negeri.

“Apabila KPM-BPK berjaya keluarkan kurikulum baru sekolah (rendah dan menengah) ia bolehlah di cuba di sekolah-sekolah di Johor sebagai sekolah perintis,” 

“Untuk negeri Johor syabas saya ucapkan kerana berani menyuarakan kesungguhan untuk meningkatkan kualiti pendidikan namun bekerjalah bersama Kerajaan Persekutuan supaya ia akan menjadi realiti bukan sahaja untuk negeri Johor tetapi untuk negara Malaysia juga. 

“Jadilah pengawas pendidikan negara supaya kita buat yang betul dengan betul-betul,” katanya.

Abdul Rashid berkata situasi itu juga merupakan ‘wake-up call’ kepada Kerajaan Persekutuan, terutama KPM apabila seseorang yang mempunyai kedudukan sultan melontarkan pandangan tentang kualiti pendidikan negara ini. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *