Connect with us

Terkini

Pengundi Cina mampu jadi penentu kemenangan selesa – Joohari

Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin mengakui sokongan 22.5 peratus pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap penentu kepada kemenangan selesa Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 6 Julai ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Calon PH Dr Joohari Ariffin mengakui sokongan 22.5 peratus pengundi Cina di DUN Sungai Bakap penentu kepada kemenangan selesa Kerajaan Perpaduan pada PRK kawasan itu, 6 Julai ini.
  •   “Jadi saya harap dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina, saya akan dapat majoriti selesa pada PRK ini,” katanya kepada Bernama selepas bertemu pengundi Cina di Kampung Baru Wellesley, malam tadi.
  •  Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu sebanyak 59.4 peratus, diikuti pengundi Cina 22.5 peratus, India 17.4 peratus dan lain-lain 0.7 peratus.

NIBONG TEBAL — Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin mengakui sokongan 22.5 peratus pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap penentu kepada kemenangan selesa Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 6 Julai ini.

Joohari, 60, yang mesra disapa Cikgu Joo berkata setakat ini beliau yakin mendapat sokongan padu daripada masyarakat Cina berdasarkan kepada jaminan yang diberikan mereka ketika ditemui beliau sepanjang turun berkempen.

“Jadi saya harap dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina, saya akan dapat majoriti selesa pada PRK ini,” katanya kepada Bernama selepas bertemu pengundi Cina di Kampung Baru Wellesley, di sini malam tadi.

Joohari meluangkan masa bertemu pengundi termasuk beramah mesra bersama penganut Tokong Kuan Yim di Restoran Lai Lai Seafood di kampung itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu sebanyak 59.4 peratus, diikuti pengundi Cina 22.5 peratus, India 17.4 peratus dan lain-lain 0.7 peratus.

Sementara itu, salah seorang pengundi DUN Sungai Bakap Tan Chiew Kim, 58, dari Kampung Baru Wellesley berkata setelah beramah mesra bersama calon PH, beliau yakin Joohari mampu membawa suara masyarakat kaum bukan Melayu, seiring dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan.

“Saya percaya calon PH ini nampak pandai dan serasi, temu masyarakat Cina. Jadi dia lebih bagus diangkat jadi jambatan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Saya mahu dia menang sebab saya percaya kesejahteraan dan kebajikan rakyat akan dijaga sekiranya dia dipilih nanti,” katanya yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri.

Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Ogos tahun lepas, Nor Zamri merampas kerusi DUN Sungai Bakap yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

Sungai Bakap merupakan satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Australia haramkan jual vape luar farmasi

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.
  • Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.
  • Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.
  • Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.
  • Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan.

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.

Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.

Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.

Pembaharuan terbaharu ini dilakukan selepas undang-undang pada Mac melarang pengimportan vape kecuali pengimport dengan lesen dan permit.

“Itu hanya fasa pertama dalam rancangan kerajaan.

“Kita memerlukan larangan penjualan runcit ini untuk memastikan undang-undang ini benar-benar berkesan dan untuk membolehkan penguatkuasaan,” kata Pakar kawalan tembakau di Universiti Sydney, Prof Becky Freeman kepada Guardian Australia.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan perniagaan yang menjual vape, bukan penggunanya.

Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending