Terkini
Upacara merisik tuhan cetus polemik
Tindakan sebuah tokong persendirian di Taiwan mengadakan upacara merisik tuhan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat tempatan.
- Tindakan sebuah tokong persendirian di Taiwan mengadakan upacara merisik tuhan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat tempatan.
- Menurut China Times, Tokong Yuzhi Wuxuantan yang terletak di Tainan, Taiwan mengadakan upacara merisik antara Tuhan Guan Gong dengan Tuhan Mazu pada 9 Jun lalu.
- Namun, Tokong Luerhmen Tienhogong telah menghalang pihak Yuzhi Wuxuantan daripada mengadakan upacara berkenaan kerana tokong itu tidak pernah memberi kebenaran bagi mengadakan upacara itu.
KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah tokong persendirian di Taiwan mengadakan upacara merisik tuhan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat tempatan.
Menurut China Times, Tokong Yuzhi Wuxuantan yang terletak di Tainan, Taiwan mengadakan upacara merisik antara Tuhan Guan Gong dengan Tuhan Mazu pada 9 Jun lalu.
Pihak Tokong Yuzhi Wuxuantan yang mewakili Tuhan Guan Gong menuju ke Tokong Luerhmen Tienhogong bagi menjalankan upacara itu.
Namun Tokong Luerhmen Tienhogong telah menghalang pihak Yuzhi Wuxuantan daripada mengadakan upacara berkenaan kerana tokong itu tidak pernah memberi kebenaran bagi mengadakan upacara itu.
“Pihak kami telah mengadakan protes terhadap Yuzhi Wuxuantan pada 9 Jun lalu dan melantik penasihat undang-undang untuk mengumpulkan bukti dan tindakan undang-undang,” kata Tokong Luerhmen Tienhogong dalam kenyataan pada 11 Jun lalu.
Sementara itu, Tokong Yuzhi Wuxuantan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas nama Tetuan Jietai sehari kemudiannya (12 Jun 2024).
Tetuan Jietai pula menafikan pihak mereka mengeluarkan kenyataan itu dan berkata mereka tidak pernah diamanahkan oleh Tokong Yuzhi Wuxuantan dalam isu itu. – The Merdeka Times