Connect with us

Terkini

Usaha iktiraf Kampung Baru Cina di UNESCO tindakan padam sejarah orang Melayu?

Usaha mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah tindakan “ethnocide” dan berat sebelah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif (kiri) dan Menteri KPKT, Nga Kor Ming (kanan).
  • Usaha mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah tindakan “ethnocide” dan berat sebelah.
  • Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menyifatkannya sebagai tindakan terancang yang seakan ingin memadam sejarah dominasi kewujudan orang Melayu di Malaysia dan menyambung legasi penjajah British.
  • “Kenyataan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan nominasi Kampung Baru Cina di Selangor dan beberapa lagi di Malaysia termasuk di Pulau Pinang adalah amat menjengkelkan, tindakan berat sebelah dan semangat keCinaan yang begitu menebal.
  • “Berjasa tidak terkejut dengan kenyataan tersebut dan kami melihat ia adalah satu tindakan bersifat “ethnocide” merujuk terma dari pakar sejarah Prof Dato’ Dr Murad Merican iaitu penghapusan identiti etnik secara terancang sejak dahulu lagi.
  • “Ia bagi mengangkat naratif orang-orang Cina yang membangunkan Selangor dan Kuala Lumpur khususnya dan negara ini amnya dan cuba memaksa identiti kebudayaan mereka semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan dikongsikan Setiausaha Agung Berjasa, Zulkifli Yahya di Facebook hari ini.
  • Kor Ming sebelum ini dilaporkan memaklumkan pihaknya sedang merangka untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO di mana langkah itu dikatakan sebagai mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.

KUALA LUMPUR — Usaha mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah tindakan “ethnocide” dan berat sebelah.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menyifatkannya sebagai tindakan terancang yang seakan ingin memadam sejarah dominasi kewujudan orang Melayu di Malaysia dan menyambung legasi penjajah British.

“Kenyataan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan nominasi Kampung Baru Cina di Selangor dan beberapa lagi di Malaysia termasuk di Pulau Pinang adalah amat menjengkelkan, tindakan berat sebelah dan semangat keCinaan yang begitu menebal.

“Berjasa tidak terkejut dengan kenyataan tersebut dan kami melihat ia adalah satu tindakan bersifat “ethnocide” merujuk terma dari pakar sejarah Prof Dato’ Dr Murad Merican iaitu penghapusan identiti etnik secara terancang sejak dahulu lagi.

“Ia bagi mengangkat naratif orang-orang Cina yang membangunkan Selangor dan Kuala Lumpur khususnya dan negara ini amnya dan cuba memaksa identiti kebudayaan mereka semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan dikongsikan Setiausaha Agung Berjasa, Zulkifli Yahya di Facebook hari ini.

Mohd Hamdan berkata langkah itu sekali gus akan mengenepikan naratif kebudayaan orang Melayu sebagai pihak asal membangunkan Kuala Lumpur dan Selangor yang kemudiannya dihalau secara terancang untuk tinggal di pinggir bandar membangun. 

Katanya, sejak dahulu lagi memang terdapat “white paper” yang menggunakan migrasi orang Cina melalui kampung baru untuk mewujudkan bandar-bandar kolonial. 

White paper tersebut telah meletakkan perancangan bandar dan kemudahan yang dinikmati oleh orang Cina dan mana-mana orang yang ingin berasimilasi ke dalam identiti bandar kolonial itu, yang membawa identiti yang lain dari identiti sebenar tanah berdaulat ini. Kajian terperinci ada dijalankan IRIS Institute mengenai Pembandaran Kolonial ini,” kata Ketua Penerangan BERJASA itu.

Sebelum ini, Kor Ming dilaporkan memaklumkan pihaknya sedang merangka untuk mencalonkan kampung baharu Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO di mana langkah itu dikatakan sebagai mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.

Kor Ming berkata sudah 76 tahun sejak perkampungan baharu di Selangor diasaskan pada 1948.

Mengulas lanjut, Mohd Hamdan berkata sekian banyak Kampung Melayu yang wujud ratusan tahun lebih awal di seluruh tanah air bagaimanapun langsung tidak diambil kisah pihak terbabit.

Beliau berkata sekiranya Kor Ming mengatakan tindakan beliau wajar atas dasar sejak 1948 Kampung Baru Cina wujud, maka kampung-kampung dan penempatan Melayu di Selangor Kuala Lumpur dan Semenanjung terutamanya lebih layak dan utama untuk dijadikan World Heritage termasuk Kampung Baru Melayu Kuala Lumpur.

“Di Pulau Pinang misalnya, kampung Batu Uban yang merupakan identiti asal Pulau Pinang jauh lebih awal dari penempatan Kampung Baru Cina, langsung tidak diambil sebarang usaha pemuliharaan warisan sejarah dan identiti Negara. 

“Yang mereka fokuskan hanyalah kampung Baru Cina. Kenapa berat sebelah? DAP mengaku parti demokrasi semua kaum kononnya, tetapi tindakan mereka semuanya berkisar 1 bangsa sahaja. 

“Malah? Lebih 500 warisan sejarah yang mempunyai identiti penduduk asal dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha serius pemuliharaan dan pemeliharaan. 

“Malah, pembangunan melampau dan projek tambak laut yang dibangunkan di selatan Pulau Pinang turut memberi kesan langsung kepada kewujudan dan kelangsungan kampung-kampung Melayu yang masih berbaki hari ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *