Terkini
Terjebak hubungan sejenis, pelajar sekolah cari ‘sugar daddy’ di group Telegram
Seorang guru meluahkan kebimbangannya terhadap trend pelajar sekolah yang mulai berjinak-jinak menjalinkan hubungan sejenis sesama lelaki, malah ada di antara mereka mencari ‘sugar daddy’ untuk melakukan hubungan songsang itu.
- Seorang guru meluahkan kebimbangannya terhadap trend pelajar sekolah mulai berjinak-jinak menjalinkan hubungan sejenis sesama lelaki, malah ada di antara mereka mencari ‘sugar daddy’ untuk melakukan hubungan songsang itu.
- Luahan guru itu dikongsikan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi hantaran di Facebook pada Selasa yang mendedahkan kewujudan group Telegram bernama “Budak Muda Bujang”.
- Menurut guru dikenali sebagai Cikgu KA, group Telegram itu mempunyai 8,000 ahli di mana majoritinya adalah kelompok remaja.
- “Antara isi kandungannya secara ringkas, yang pertama remaja bawah umur tidak segan mencari ‘sugar daddy’ atau ayah angkat untuk melakukan hubungan sejenis. Rata-rata mereka berumur 15-18 tahun.
- “Kedua, ‘sugar daddy’ yang mencari remaja lelaki umur belasan tahun untuk melepaskan nafsu terkutuk mereka dan remaja awal 20-an yang tidak segan share gambar sulit mereka tanpa seurat benang,” kata Cikgu KA.
KUALA LUMPUR — Seorang guru meluahkan kebimbangannya terhadap trend pelajar sekolah yang mulai berjinak-jinak menjalinkan hubungan sejenis sesama lelaki, malah ada di antara mereka mencari ‘sugar daddy’ untuk melakukan hubungan songsang itu.
Luahan guru itu dikongsikan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi hantaran di Facebook pada Selasa yang mendedahkan kewujudan group Telegram bernama “Budak Muda Bujang”.
Menurut guru dikenali sebagai Cikgu KA, group Telegram itu mempunyai 8,000 ahli di mana majoritinya adalah kelompok remaja.
“Saya masuk group Telegram ini kerana hendak siasat kandungan group tersebut… Apabila saya masuk group tersebut, tangan ini menggeletar ketika scroll dan membaca conversation mereka.
“Antara isi kandungannya secara ringkas, yang pertama remaja bawah umur tidak segan mencari ‘sugar daddy’ atau ayah angkat untuk melakukan hubungan sejenis. Rata-rata mereka berumur 15-18 tahun.
“Kedua, ‘sugar daddy’ yang mencari remaja lelaki umur belasan tahun untuk melepaskan nafsu terkutuk mereka dan remaja awal 20-an yang tidak segan share gambar sulit mereka tanpa seurat benang.
“Bahasa lucah yang menjadi kebiasaan mereka. Sehingga saya sendiri tak faham beberapa istilah yang digunakan,” kata guru itu.
Cikgu KA berkata ada di antara mereka meminta ahli kumpulan platform itu melihat story Telegram yang memaparkan gambar dan video tidak mampu untuk beliau ceritakan.
Katanya, kelompok itu juga berkongsi ‘sejarah hidup’ yang menyebabkan mereka terjebak hubungan songsang antaranya pernah diliwat senior, kawan, saudara atau pak cik; pengaruh video lucah sesama rakan; pengaruh asrama sehingga merasakan ‘seronok’ dengan gejala itu selain melihat rakan serumah (housemate) kerap berpakaian separuh bogel sehingga menarik ‘minat’.
“Dan saya baru tahu, rupanya ada lagi beberapa channel atau group di Telegram yang seumpama ini. Astaghfirullah! Allahuakbar! Apa yang dah jadi dengan anak-anak Melayu Islam kita?
“Dua ke tiga hari saya kecewa bila memikirkan masa depan mereka. Kadang selepas solat, saya termenung panjang sehingga menangis bila memikirkan cabaran zaman ini. Apa pula cabaran yang bakal dihadapi oleh anak-anak saya nanti?,” kata Cikgu KA.
Beliau menasihatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak bermain handphone bersendirian, berkurung dalam bilik dan melepak dengan kawan sepanjang hari selain mereka juga perlu menjadi rakan karib anak-anak dan tidak mudah mempercayai ‘watak baik’ dimainkan anak-anak.
Katanya, guru juga perlu mendidik anak bangsa dengan seikhlas hati sekalipun berdepan cabaran sangat besar, termasuk pelbagai beban tugas tambahan dan tidak menggunakan gurauan tidak sopan, ‘double meaning’ walaupun ia hanya sesama guru. — The Merdeka Times
Sumber: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi