Terkini
Tidak puas hati kerajaan sekat kapal Israel, Netizen sifatkan PM ‘terencat akal’
Sifat rasisme dan Islamofobik segelintir pihak jelas terlihat di media bahasa Mandarin apabila mereka mengutuk tindakan kerajaan menyekat kapal Israel daripada berlabuh di Malaysia.
- Sifat rasisme dan Islamofobik segelintir pihak jelas terlihat di media bahasa Mandarin apabila mereka mengutuk tindakan kerajaan menyekat kapal Israel daripada berlabuh di Malaysia.
- Malah ada dalam kalangan netizen itu sanggup menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘terencat akal’ ekoran keputusan Kerajaan Malaysia yang tegas dalam isu Palestin itu.
- Tinjauan The Merdeka Times di Facebook China Press hari ini mendapati sebilangan netizen tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.
- “PM terencat akal selepas makan terlalu kenyang,” demikian komen biadap seorang netizen pada posting berita tentang tindakan kerajaan menyekat kapal Israel daripada berlabuh di Malaysia.
- “PM ini tidak menguruskan hal-hal mustahak, sebaliknya hanya mencetuskan masalah. Malaysia sangat dirahmati PM ini,” kata Chiung Ho.
- “Orang tidak berguna jadi kerajaan, gagal dalam menguruskan isu besar dan kecil, hari-hari Israel Palestin,” kata netizen dengan nama dalam bahasa Mandarin itu.
- Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam kenyataan berkata kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
KUALA LUMPUR – Sifat rasisme dan Islamofobik segelintir pihak jelas terlihat di media bahasa Mandarin apabila mereka mengutuk tindakan kerajaan menyekat kapal Israel daripada berlabuh di Malaysia.
Malah ada dalam kalangan netizen itu sanggup menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘terencat akal’ ekoran keputusan Kerajaan Malaysia yang tegas dalam isu Palestin itu.
Tinjauan The Merdeka Times di Facebook China Press hari ini mendapati sebilangan netizen tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.
Terdapat netizen mengeluarkan kata-kata biadap kepada Perdana Menteri dalam bahasa Mandarin.
“PM terencat akal selepas makan terlalu kenyang,” demikian komen biadap seorang netizen pada posting berita tentang tindakan kerajaan menyekat kapal Israel daripada berlabuh di Malaysia.
Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam kenyataan berkata kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Sekatan itu sebagai respons kepada rejim zionis Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.
Malaysia juga tidak lagi menerima mana-mana kapal dengan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.
Netizen dengan nama Chiung Ho berkata tindakan Perdana Menteri itu hanya mencetuskan masalah buat negara.
“PM ini tidak menguruskan hal-hal mustahak, sebaliknya hanya mencetuskan masalah. Malaysia sangat dirahmati PM ini,” katanya.
Seorang lagi netizen memberi gambaran seolah-olah kerajaan terlalu memberi tumpuan kepada isu Palestin.
“Orang tidak berguna jadi kerajaan, gagal dalam menguruskan isu besar dan kecil, hari-hari Israel Palestin,” kata netizen dengan nama dalam bahasa Mandarin itu.
Netizen lain pula menyindir orang Cina sanggup tidak menuntut apa-apa selagi Anwar jadi Perdana Menteri.
“Asalkan Anwar jadi PM, orang Cina boleh tidak menuntut apa-apa. Tak apa. Tak apa. Teruskan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,” kata netizen itu.
Ada netizen menyifatkan tindakan itu hanya menguntungkan negara jiran, Singapura.
“Tiada masalah, Singapura boleh terima,” kata Wong WF.
Netizen, Paul Tino pula berkata Anwar patut letak jawatan berhubung tindakannya yang pro-Palestin itu.
“Rakyat negara sendiri hilang & mati secara tragis, dia tak bersuara. Rasanya untuk PRU akan datang dia patut letak jawatan,” kata Paul Tino.
Namun ada juga netizen yang menyokong tindakan Anwar dan Kerajaan Malaysia kerana rejim pengganas Israel telah membunuh lebih 18,000 mangsa tidak berdosa di Palestin.
“Ini bukan isu masyarakat Islam, tapi isu global,” kata netizen, Michael Cheah. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook China Press